Air Tumpah Masa Nak Berbuka, Reaksi ‘Chill’ Mak Ayah Pula Raih Perhatian

Di dalam keluarga, pengaruh dari ibu bapa sangat memberikan kesan kepada anak-anak terutamanya semasa proses mereka membesar. Macam satu situasi yang menarik perhatian ramai ini apabila reaksi dari pasangan ibu bapa ini di dalam situasi yang dikongsikan ini.

Bukan sahaja sangat tenang dan tidak mudah melatah malah ramai pula yang berasa cembvru melihat reaksi chill mereka ini. Perkongsian video itu juga turut meraih lebih dari setengah juta tontonan setakat ini di mana rata-rata netizen turut terhibur melihatnya.

@kakmelbegedil selamat berbuka semua #fyp ♬ bunyi asal – kakmel kaliskecam@taukebegedil


Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik video berkongsikan situasi semasa mereka sekeluarga sedang bersedia berbuka puasa. Turut kelihatan, seorang lelaki yang sedang membacakan doa sambil seorang lagi adik beradiknya sedang menuangkan air ke dalam jug.

Tidak lama kemudian, air yang dituang itu tumpah ke atas meja sekaligus membuatkan yang lain terkejut melihatnya. Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah reaksi dari kedua ibu bapanya ini yang cukup chill dalam situasi itu.

reaksi

Sehinggakan ada yang berseloroh biasanya para ibu bapa pasti akan mula membebel atau memarahi anak mereka sekiranya perkara seperti ini terjadi. Dalam masa yang sama, ramai yang turut cembbru melihat suasana harmoni yang dikongsikan keluarga ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsikan reaksi mereka melihat situasi tersebut. Malah ada yang turut memuji reaksi masing-masing yang tidak menjejaskan mood baik semasa ingin berbuka puasa itu.

“Lembutnya mak ayah. Tak marah pun…”

ibu bapa

“Kalau bapak aku marah wey. Serious potong mood.”

berbuka

“Sebab tu kalau nak tuang apa-apa mak cik suruh tuang dekat sink. Kalau tumpah pun senang nak bersih.”

komen

“Semua bikin dekah…”

tik tok

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*