[Video] Aksi Shuib Menjala Bila Balik Kampung Tarik Perhatian Ramai

Pelawak dan usahawan, Shuib membawa anak-anaknya pulang menyambut kedatangan Ramadan di Kampung Parit Amin, Bagan Serai, Perak bagi merasai sendiri suasana berpuasa di kampung.

Kepulangannya ke kampung halaman itu turut disertai ibu tercinta selain empat orang permata hatinya, Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra, Ariq Martin dan Ayash Affan.

Menerusi muat naik di Instagram, Shuib atau nama sebenarnya, Shamira Muhamad, 38, berkongsi foto rumah kampung tempatnya membesar.

“Selamat pulang Shuib,” katanya dalam Insta Story sambil menunjukkan suasana kehijauan yang melatari kampung halamannya.

Selain itu, pelawak dari kumpulan Sepahtu itu juga berkongsi gambar dia dan anak-anak menikmati juadah berbuka puasa dengan makan di bawah sambil duduk bersila.

Meninjau di ruangan komen, peminat Shuib pun tidak ketinggalan berasa teruja dengan perkongsiannya malah turut merindui suasana berpuasa di kampung yang sudah lama ditinggalkan sejak merantau ke ibu kota.

Aksi Shuib tebar jala,

Komen netizen,

Teringat Rancangan Astro… Yg Shuib Bwk Arwah Siti Sarah Balik Kampung… Tangkap Belut Kot X Silap… Best Tgok… Smpai Skrang… Terbayang2 Rancangan Tuu… Nk Tgok Balik… Tpi Lupa Rancgan Apa…

Amun Ada Parit, Cari Iwak Tu Harus…. Menangkul Pun Seronok. Tempirai Pun Best… Paling Sabar Kalo “Meng’unjun”

Tipu Laaa Sape Kata X Best Duk Kg.. Duk Kg Paling Tenang Sekali..

Kalau Dpat Ikan Haruam Best Buat Gulai Kesom

Mun Masokk Haruan Begagah Pang Dalam Jala …Hinn

Bestnya.. Hidup Kat Kampung Macam Tulah..Abg In Nmpk Kurus La.

Huish .. Dapat Ikan Lampang Goreng Cili Padi Pon Sedap Ib

“Seronok suasana kampung dulu-dulu, zaman tiada gajet. Bulan puasa yang paling meriah ada moreh, solat tarawih ramai-ramai.

“Allah, bestnya vibe macam ni serius best sangat.

“Inilah nikmat sebenar berbuka puasa yang kian hilang. Makan kat bawah, makan apa ada je, ya Allah rindu sangat. Nikmat!!!”

“Bestnya… sukalah suasana macam ni”.

“Elok je budak-budak tu, tak kekok,” komen peminat.

Rumah Kampung jgn buat Major Renovate Ib. Biarkan mcm tu je..supaya kita tak lupa dimana kita berasal. Cuma maintain je kalau ada kerosakkan.

Ni lah nikmat sebenar berbuka puasa yg kian hilang. Makan kat bawah, makan apa ada je, ya Allah rindu sangat. Nikmat!!!

Semoga smua org yg kehilangan org2 tersayang ibu isteri ayah adik abg kakak smua dberikan kekuatan utk menempuhi hari2 yg sukar tnpa mereka. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua

Tahun ini merupakan tahun pertama Shuib dan anak-anak meraikan kedatangan Ramadan tanpa kehadiran sosok penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu akibat jangkitan Covid-19.

“Salam Ramadan Sayang…,” – Puasa Tanpa Isteri Di Sisi, Video Shuib Ziarah Pusara Siti Sarah Jentik Jiwa

Selebriti terkenal, Shuib dilihat menziarahi pusara isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin sebelum menyambut bulan Ramadan tahun ini.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad berkongsi momen tersebut dengan memuat naik sepotong video di Instagram miliknya.

Kali pertama menyambut bulan Ramadan tanpa isteri, bintang berusia 37 tahun ini jmenzahirkan rasa sayu dan hiba bersama peminat.

“Menangislah kerna hanya kamu dan Dia yang benar faham. Salam Ramadhan Sayang,” tulisnya ringkas pada di ruangan kapsyen.

Imbas kembali, Shuib dan Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Terdahulu, Sarah yang telah disahkan positif Covid-19 terpaksa ditidurkan sebelum menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya yang mencecah usia tujuh bulan lebih awal, pada 5 Ogos lalu.

Kemudian, Sarah menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos.

Jenazah dikebumik4n di Tanah Perkubur4n Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Antara Komen2 netizen

Faham sgt sebb sy kehilangan mak seblm arwh siti sarah. Thn ni thn pertamaa ramadhan tanpa mak. Fhm kesedihann itu

Bila tiba bulan puasa dan hari raya lah paling terkesan dan sedih dengan kehilangan insan tersayang, hmm semoga shuib dan keluarga tabah, semoga arw4h tenang dan bahagia disana

Rindu yg tiada penghujungnya. Ramadhan kareem to shuib sekeluarga

Sedih , first ramadhan suami tanpa isteri. First raya anak2 tanpa ibu. Ibu slalu busy pagi2 siapkn anak.. Tahun ni sepi… Tiada lagi jeritan seorang ibu.

Stay strong Shuib..hanya org yg alami , kehilangan org trsayang shj yg tahu bagaimana perasaan itu..Al-Fatehah utk Sarah..moga damai dia di sana

Arwah kak sara salah seorang hamba Allah yg buat sy makin dekat kan diri dengan Allah Dengan cara lembut dia..Lawak dia ..Allahhuakbar rindu…Kak sarah cerita semua kebaikan je, Semoga menjadi asbab kebaikan beliau..semoga kita semua akan bertemu di Syurga Allah InsyAllah

Seseorang yang sentiasa menghargai insan yang disayangi ketika masih hidup dan ketika sudah tiada

Menangis lah jika ia bolh mengurangkan rasa rindu pada bidadari syurga mu disana bidadari mu Sentiasa tersenyum kerana memiliki seorang suami yg penyayang dan sllu mengirimkan doa semoga bidadari abg ditempatkan di kalangan orang² beriman dan tenang di negeri abadi aamiin

 

Foto: Instagram Shuib/ RJ

Foto: Instagram Shuib/Media Hiburan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :http://limauasamboi.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*