Keluar Berbuka Puasa Bersama, Yasmin Hani & Alif Hadi Bercint4?

Umum tahu, pelakon dan pengacara Yasmin Hani dengan bekas suaminya, Sha’arin sudah bercer4i namun tidak didedahkan butiran lanjut kepada umum.

Keluar bersama

Terbaru, hantaran yang dimuat naik Yasmin di Instagram (IG) menarik perhatian ramai. Yasmin, 42, dilihat keluar berbuka puasa dengan pelakon Alif Hadi, 33, bersama dua cahaya matanya, Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong.

Menerusi foto itu, jelas kelihatan kemesraan Alif melayan kerenah dua anak Yasmin. Bukan hanya Yasmin yang bersikap terbuka, Alif turut berkongsi gambar yang sama di IG miliknya.


“Ingatkan pegi iftar nak makan juadah.. last-last jadi juadah (emoji tahi),” tulis pemilik nama Muhammad Alif Abdul Hadi sebagai kapsyen.

Perkongsian itu mengundang pelbagai respon daripada rakan artis dan peminat. Ada yang menggunakan panggilan ‘daddy’ pada Alif.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yasmin Hani Richardson 雅诗敏 (@yasminhani)


Gambar berdua di pantai

Sebelum ini, pelakon drama Adam Chempaka pernah menayangkan keakraban mereka dengan memuat naik foto duduk berdua di persisiran pantai.

Saya tertarik dengan yang ini..(emoji love).


Sekadar info, Yasmin dan bekas pemain dram Blackrose berkahwin pada tahun 2011. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 6.

Manakala, Alif pernah menjalinkan hubungan rapat dengan Zizi Kirana namun reda tiada jodoh antara mereka selepas penyanyi rap itu berkahwin dengan aktor Yusof Bahrin.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

sumber : ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*