
Ketika menahan lapar dan dahaga ini, pastinya ramai yang teringinkan pelbagai jenis juadah. Lebih-lebih lagi apabila pergi ke bazar Ramadan, memang akan jadi rambang mata melihat pelbagai hidangan dijual.
Bagaimanapun, sejak bulan puasa ini bermula pelbagai kisah berkaitan peniaga tidak jujur ini mula timbul hingga mencetuskan kebimbangan pada orang ramai.
Lebal kebab tapi roti biasa.
Menerusi video dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai KyraMali ini berkongsi satu juadah berbuka puasa yang dibeli di sebuah gerai.
Dalam video tersebut dapat dilihat, KyraMali membuka satu bungkusan yang dikatakan kebab bagaimanapun, terkilan rasa hati apabil aroti yang digunakan bukan roti kebab sebaliknya roti biasa.
Makanan dah siap bungkus.
Menurut KyraMali, dia membeli makanan tersebut di sebuah gerai di tepi jalan. Namun, makanan tersebut sudah siap dibungkus membuatkan dia tidak tahu isi di dalamnya.
Malah, makanan tersebut turut dibeli berserta kuih muih lain membuatkan dia tidak pasti akan harganya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet harap wanita berkenaan bertabah. Malah, menyarankan agar membeli makanan yang dibuat di depan mata.
Pergi balik tanya semula kebab tu
Ni sandwich bukan kebab
First time tengok kebab jenis ni
Bersangka baik lah dik
Sumber : TikTok (KyraMali), redaksi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber :https://liveconnection24.com
Leave a Reply