Hantar Anak Masuk MRSM, Rita Rudaini Kongsi Rasa Seb4k, Bangga – “Anak Dibesarkan Ibu Tunggal Melangkah Ke Depan”

Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa seb4k selepas menghantar anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin memasuki sekolah berasrama penuh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Menurut Rita, 45, dia yang selama ini tidak pernah berjauhan dengan anaknya itu mengalirkan air mata sedih bercampur gembira melihat pencapaian anaknya itu.

“Saya ibu yang normal. Rasa sakit, pedih itu dah biasa. Macam mana hujan lebat hari ni macam tahu derasnya air mata saya hari ni.

“Air mata gembira bercampur dengan sebuah rasa. Rasa itu adalah rasa cinta, sayang, rindu. Kami tak pernah berenggang, harini kami berjauhan,” tulisnya

Menerusi platform TikTok, Rita turut berkongsi video momen memelvk Airit ketika menghantar anaknya itu.

Tambah bekas isteri penyer4ng JDT, Aidil Zafuan Radzak itu lagi, dia cukup berbangga melihat anaknya dibesarkan oleh seorang ibu tunggal.

“Mommy sedih sampai dada sakit dalam pada yang sama mommy gembira dengan anak yang hanya dibesarkan oleh ibu tunggal, melangkah setapak lagi ke depan.

“Mommy sentiasa menjadi sayap kiri dan kanan mu. Fly high Airit Rayyan Rizqin,” jelas Rita lagi.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan ucapan tahniah di atas kejayaan Rita yang berjaya mendidik anaknya sehingga melayakkan diri ke sebuah sekolah berprestij.

Video:

@ritrud727

Sy ibu yg normal…rasa sakit,rasa pedih itu dah biasa…mcm mana hujan lebat hari ni mcm tau deras nya airmata sy harini…airmata gembira bercampur dgn sebuah rasa…rasa itu adalah rasa cinta..syg..rindu..kami tidak pernah berenggang…harini kami berjauhan….mommy sedih sampai dada sakit dlm pd masa yg sama mommy gembira dgn anak yg hanya di besarkan oleh ibu tunggal,melangkah setapak lg ke hadapan…mommy sentiasa menjadi sayap kiri dan kanan mu 🤍 fly high Airit Rayyan Rizqin..

♬ original sound – Rita Rudaini


Malah, kekuatan Rita sebagai ibu tunggal dalam membesarkan anak-anaknya turut menjadi inspirasi kebanyakkan wargamaya terutamanya wanita.

@Cahaya Cinta:seb4k anak tu tanpa ayah di sisi. Tahniah Rita kuat besarkan anak-anak. Hebat awak.”

@blackbeautyz:Hmmmm kita yang nangis tengok. Dari baby sampai besar kita tengok Rayyan. All the best Rayyan moga dipermudahkan segala urusan.”

@eisyaelisya:tahniah abang Rayyan. Nanti jaga ibu ye.. buktikan yang Rayyan mampu jaga ibu dan adik.. walaupun tanpa ayah.”

@mum mirairfanassyifa:Semangat luar biasa kak Rita ..dari down sampai bangun semula… tahniah Rayyan…”

“@juesufi:Rita seorang ibu tnggal yang hebat. Berjaya didik anak-anaknya dunia akhirat dan Rita buktikan dia seorang wanita yang berjaya mddik anak-anak tanpa seorang lelaki di sisinya.”

@iamfieza:Sian tengok anak-anak Rita ni.. dari kecik sampai besar tak rasa kasih sayang sepenuhnya dari ayah dia, padahal ayah ada lagi.

Komen Netizen:

Taniah Rita kuat demi anak-anak tersayang.” Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 450,000 tontonan daripada warga TikTok.

Untuk rekod, Rita dan Aidil, 34, pernah berumah tangga pada tahun 2008, namun jodoh mereka tidak panjang dan bercer4i pada September 2013.

Bagaimanapun, hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua putera iaitu Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna, 11.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://gempak.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*