Shuib ‘Bertekak’ Gara-Gara Perkataan Siang, “Yang Boleh Betulkan Dia Jep Je”

Sebut sahaja nama Shuib, pasti ramai teringatkan jenis-jenis lawak yang dihasilkannya masa bersama kumpulan Sepahtu. Tidak lari bidang, lawak Shuib masih relevan dan mampu menghiburkan peminatnya hingga ke hari ini.

Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan Shuib kembali muncul dengan membuat lawaknya di media sosial telah menjadi bualan hangat warganet. Kali ini Shuib ‘bertekak’ gara-gara perkataan siang dengan rakannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


Dalam rakaman tersebut kelihatan Shuib bersama hasil ikan yang dipancingnya dan kedengaran niatnya untuk menjamah hidupan itu pada malam hari. Namun satu suara yang mengatakan kena siang dulu, membuatkan Shuib ‘tak berpuas hati’.

Korang saksikan sendiri gelagat Shuib ‘bertekak’ gara-gara perkataan ‘siang’ yang telah dimuat naik menerusi akaun TikTok milik selebriti ini sendiri:

@shuibsepahtu Tengah2 puasa jgn menguji kesabaran aku!!!! @shafiqabuuu ♬ original sound – Shuib Sepahtu


Dah sudah! Perkataan ‘siang’ punya pasal pun boleh buat tak puas hati nampaknya. Apa-apa pun perkongsian rakaman ini telah meraih lebih sejuta tontonan. Rata-rata warganet terhibur dengan gelagat selebriti ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Yang boleh betulkan dia Jep je”

Shuib ‘Bertekak’ 4

“Tolong panggil Jep untuk betulkan”

Shuib ‘Bertekak’ 3

“Tergelak mak saya tengok abang haha…”

Shuib ‘Bertekak’ 2

“Jep oh Jep ko tengok kawan ko ni perangai lah”

Shuib ‘Bertekak’ 1

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*