KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekali lagi menjadi perhatian apabila ramai mula berkongsi status permohonan pengeluaran khas masing-masing, pada Sabtu.
Tular di media sosial mengenai paparan status permohonan pengeluaran one-off simpanan sehingga RM10,000 sebagai ‘diluluskan’.
Status permohonan tersebut menyatakan ‘telah diluluskan’ dan bayaran dijadual akan dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing.
Malah ‘bukti’ tangkap layar status permohonan berwarna hijau itu turut dikongsi di laman sosial.
Ada yang menzahirkan rasa syukur kerana turut mendapat maklum balas yang sama selain menyifatkannya sebagai rezeki raya pada tahun ini.
Beberapa netizen menyatakan permohonan mereka telah diluluskan.
“Adik saya mohon 13 April. Lulus dan akan dimasukkan pada 20 april.
“Sekarang ini dia bagi masuk untuk umur 50 tahun dulu.
“Tahniah kepada yang lulus dan dapat tarikh pembayaran, bagi yang masih diterima… insya-Allah akan lulus juga,” demikian beberapa komen netizen.
“Jangan cakap menipu, dah memang betul boleh semak status KWSP. Kalau tak lulus tu tunggu la, dia mungkin ikut berperingkat… sabar banyak-banyak sebab saya punya pun dah lulus. Apabila orang bagi maklumat betul, tak mahu percaya… bila main-main, marah pula.
Netizen berharap agar permohonan mereka diluluskan.
Namun, daripada ribuan komen yang ditinggalkan, sebahagian netizen menyatakan status permohonan mereka masih ‘diterima’.
Ternyata perbezaan ‘status’ tersebut mengundang kegelisahan dalam kalangan segelintir pemohon.
Ada yang mendakwa ia adalah palsu.
“Rasa-rasa betul tak yang cakap dah lulus tu… dalam komen ni rata-rata semua masih diterima hanya segelintir yang cakap lulus dengan bukti yang kurang nyata dan apabila ditanya diam sahaja.
“Permohonan masih diterima, lulus la cepat… nak pakai buat raya ni. Suri rumah ni tak bekerja tahu.
Pembayaran bagi pengeluaran khas itu akan dibuat secara berperingkat mulai 20 April.
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
“Hari ni hari Sabtu… KWSP tutup, mana ada bekerja. Mungkin Isnin nanti baru keputusan yang betul,” luah sebahagian netizen dengan status permohonan ‘diterima’
Bagaimanapun, tidak dipastikan mengenai status permohonan ‘diluluskan’ yang dikongsi di media sosial.
Sementara itu, KWSP dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan bahawa pembayaran bagi pengeluaran khas itu akan dibuat secara berperingkat mulai 20 April.
Sebanyak 5.3 juta permohonan untuk kemudahan itu diterima oleh KWSP sejak dibuka pada 1 April hingga Khamis lalu, yang membabitkan amaun pengeluaran berjumlah RM40.1 bilion.
Sebanyak 5.3 juta permohonan pengeluaran khas diterima KWSP.
“KWSP menerangkan bahawa jumlah permohonan yang diterima merangkumi 44 peratus daripada 11.95 juta ahli yang layak untuk membuat pengeluaran di bawah kemudahan ini.
“Ia membabitkan 55 peratus ahli B40 yang layak (berpendapatan kurang daripada RM1,700); 59 peratus ahli M40 (RM1,701 – RM4,900), dan 39 peratus ahli T20 (berpendapatan melebihi RM4, 900) manakala sebanyak 29 peratus ahli tidak formal dan tidak aktif turut mengemukakan permohonan,” katanya dalam kenyataan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:Mstar
Leave a Reply