Mahu keadilan, perjuang nasib Bella… TMJ tawar khidmat peguam secara percuma

KES penderaan ke atas remaja perempuan Sindrom Down bernama Bella meruntun jiwa rakyat Malaysia dengan tanda pagar #justiceforbella menjadi trending.

Terbaharu, paling menyayat hati apabila Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa remaja istimewa berusia 13 tahun itu diberi makan 20 biji cili padi selama beberapa kali seminggu!

Dengan kecederaan yang dialaminya seperti melecur di tangan, dada, paha dan beberapa bahagian lain serta kesan luka di tubuhnya cukup membuatkan sesiapa sahaja menitiskan air mata.

Rakyat Malaysia bersatu hati memperjuangkan nasib Bella dan kes tersebut turut mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

tm bantu bella 2

Keced3raan yang dialami Bella.

Tunku Ismail berkata, beliau menawarkan perkhidmatan peguam-peguamnya secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief).

Menurut Tunku Ismai juga, beliau telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguamnya mengenai kes pend3raan Bella.

“Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT (orang kena tuduh) dalam kes ini.

“Saya akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan menawarkan perkhidmatan peguam-peguam saya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi pihak kementerian untuk kes ini,” katanya menerusi posting di laman sosial milik beliau, lewat Sabtu malam.

siti bainun

Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduh4n iaitu meng4bai dan meng4niaya Bella.

Terdahulu, isteri TMJ, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam sedia membantu Bella, remaja orang kelainan upaya (OKU) bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

Menerusi luahan di aplikasi story di laman Instagam miliknya, Che Puan Besar Khaleeda sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu remaja istimewa tersebut.

Saya akan lakukan apa saja dengan kuasa yang saya ada bagi mendapatkan keadilan untuk Bella.

CHE PUAN BESAR KHALEEDA BUSTAMAM

“Saya akan lakukan apa saja dengan kuasa yang saya ada bagi mendapatkan keadilan untuk Bella. Saya kec3wa dan letih melihat si peng3cut yang berfikir mereka boleh buat apa saja terhadap kanak-kanak terani4ya.

“Kamu boleh bersembunyi di sebalik barisan peguam tetapi karma akan hadir pada waktunya di dunia ini dan akhirat,” tulisnya dalam Instagram miliknya.

tm bantu bella

Kenyataan TMJ berhubung kes Bella.

Che Puan Besar Khaleeda memuat naik kenyataan tersebut yang dipercayai sebagai membalas tindakan seorang peguam tertvduh iaitu pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dengan memuat naik sekeping gambar bersama-sama tertuduh dan barisan peguam yang membelanya di laman sosial.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertudvhan iaitu mengabai dan mengan1aya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kec3deraan fizikal serta emosi.

tm bantu bella 4

Che Puan Besar Khaleeda terkesan dengan nasib Bella.

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukum4n maksimum penj4ra 20 tahun atau d3nda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*