Video Neelofa Dan Bella Borak Pasal Telinga Cuit Hati Netizen

Gelagat Neelofa dan Bella Zahir selalu mencvri tumpuan setiap kali mereka bergandingan di dalam sesi live semasa promosi bersama jenama Naelofar. Gandingan kedua-duanya yang cukup mesra ini juga turut membuatkan ramai terhibur.

Macam baru-baru ini, gelagat Neelofa yang sempat mengusik tentang bentuk telinga Bella pula yang mencuri tumpuan ramai. Malah ramai yang turut tergelak melihat gelagat kedua-dua mereka ini yang saling mengusik satu sama lain.

Video:

@naelofarofficial Korang Team Telinga Telekup macam Neelofa atau Team Telinga Capang macam Bella? 😂 #Naelofar #fypシ ♬ original sound – Naelofar


Di dalam video yang dikongsikan ini, mereka berkongsikan kisah di sebalik tabir yang berlaku semasa kedua-duanya bergandingan baru-baru ini. Sebelum mereka bermula, Neelofa sempat mengusik bentuk telinga Bella yang dikatakan agak capang.

Semasa Bella tengah menerangkan tentang inner tudung yang dipakainya, ia kemudian menarik perhatian Neelofa untuk bercakap tentang telinga wanita itu. Malah Neelofa juga siap memegang telinga pengacara itu dan berseloroh menyamakan ianya dengan earpiece pula.

telinga

Sehinggakan Bella kemudiannya mengadu pada mereka yang menonton tentang gelagat Neelofa yang suka mengusiknya itu. Melihat gandingan kedua-dua mereka ini, netizen turut berdekah dan tidak menyangka Neelofa masih sempat lagi mengusik pengacara itu semasa sedang membuat live.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat situasi tersebut. Malah ada yang berseloroh Neelofa sebenarnya seorang yang suka mengusik orang di sekelilingnya terutamanya Bella yang selalu menjadi pengacara untuk jenamanya itu.

“Hahaha weh kenapa telinga macam earpiece pastu telekup pula. Jenuh gelak ni.”

neelofa

“Ya allah aku gelak terbahak bahak start cakap pasal telinga…”

bella

“Pasal telinga je pun tapi berdekah aku gelak.”

komen

“Neelofa ni dah kahwin pun still kelakar.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*