Muzik Video Suara Lebaran Kita Dari Hael Husaini Dan Dolla, “Best Teruk Lagu Ni, So Fresh!’

Tinggal lagi 11 hari lagi Ramadan bakal meninggalkan kita, Syawal pula akan menjelma. Kemeriahan menyambut hari raya Aidilfitri kali ini dapat dirasai setelah dua tahun tidak dapat pulang ke kampung meraikan bersama keluarga besar.

Malah tahun ini juga lagu-lagu raya juga banyak dikeluarkan dengan pelbagai genre dan ada yang membuatkan pendengar terhibur serta tak sabar nak meraikan hari kemenangan itu nanti. Salah satu lagu raya yang telah berjaya menambat hati ramai adalah Suara Lebaran Kita nyanyian duet Hael Husaini dan Dolla.

Muzik video lagu tersebut baru sahaja ditayangkan menerusi akaun Youtube Rocketfuel baru-baru ini. Bila sebut sahaja nama Dolla pasti ramai dapat membayangkan genre lagu terbaharu dari mereka. Dolla antara kumpulan penyanyi wanita yang memiliki ramai peminat kerana bakat luarbiasa mereka.

Saksikan dulu teaser muzik video Suara Lebaran Kita dari Hael Husaini dan Dolla dalam perkongsian di Instagram penyanyi ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HH (@haelhusaini)


Baru teaser sahaja sudah berjaya mencuri perhatian ramai. Konsep lagu raya yang memang berbeza dan unik sekali! Berikut adalah muzik video Suara Lebaran Kita nyanyian duet Dolla dan penyanyi lelaki ini:

Muzik video ini ada jalan ceritanya tersendiri. Di ruangan komen, warganet menghujani kata pujian mereka kerana berpuas hati dengan daya kreativiti penyanyi ini.

“Dengar sekali terus melekat dalam hati…”

Screenshot at Apr 20 22-38-38

“Konsep MV raya moden yang sangat kreatif dan astetik…”

Suara Lebaran Kita 1

“Jujur sedap doh lagu ni. So so amazing. Suka sangat..”

Suara Lebaran Kita

“Wott wooottt! Best teroxx lagu ni. So fresh!”

Screenshot at Apr 20 22-37-35

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*