Tak Fikir Lelaki Lain- Shakila Khoriri Pujvk Nak Rvjuk Kembali, Sampai Sekarang Fizi Ali Diam Je

Shakila Khoriri mengaku pernah memujuk bekas suaminya, Fizi Ali untuk rujuk kembali,

Namun katanya Fizi sampai sekarang tak ada beri kata putus.

“Kalau boleh saya nak hidup kembali dengan Fizi walaupun ia agak sukar mungkin di pihak Fizi. Bagi wanita, mungkin boleh mudah memaafkan dan ingin cuba memperbaiki hubungan menjadi lebih baik.

“Tapi saya tak tahu apa yang difikirkan dan perancangannya buat masa ini tapi saya dapat rasakan dia perlukan masa. Mungkin dia tidak mahu kalau kami kembali (merujuk) akan timbul masalah baru ataupun berdepan isu yang sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)


“Walaupun ramai yang memujuk untuk kembali bersama demi anak tapi anak-anak ini akan membesar dan dia akan ada kehidupannya sendiri nanti. Takkanlah kita nak hidup dengan seseorang yang tak boleh bersama kita lagi.

“Benda ini sangat sulit. Kalau Allah sudah tetapkan hubungan saya dan Fizi hanya sekadar kawan saja, saya reda. Tapi andai kata dua atau tiga tahun nanti Dia jodohkan semula dan sayang itu masih kuat… saya tidak akan menolak,” katanya kepada Harian Metro.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)


Tambah Shakila dia terkilan bila ada yang bertanya bila nak tamatkan zaman janda sedangkan hatinya masih bersedih.

“Bagi saya, pertanyaan ini sangat keterlaluan. Janganlah terlalu berterus terang sebab saya pun masih bersedih, cuma tidaklah nak cakap saya sedih 24 jam.

“Ibaratnya hari ini saya menangis sepuas-puasnya, esok saya kena bangun dengan keadaan baru. Benda dah pun terjadi dan saya kena ‘move on’ dengan takdir yang Allah tentukan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)


“Saya memang tiada perancangan, lebih-lebih fasal jodoh sebab saya ada anak perempuan. Kalau ada jodoh dengan orang lain, macam-macam benda saya kena fikir. Tapi saya tidak menolak perancangan Allah.

“Bagi saya, dalam tempoh dua hingga empat tahun ini saya tidak terfikir untuk berjumpa atau mengenali mana-mana lelaki selain Fizi. Saya nak fokus dengan kerja dan pastikan saya sihat.”

Kenapa Fizi tak nak rujuk kembali tu?

 

Sumber:cari

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:https://www.dnq.pw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*