PU Riz beri ‘green light’ Neelofa kembali aktif bidang seni, percaya isteri bawa imej baik taat perintah Allah

SELEPAS tiga bulan melahirkan cahaya mata pertama, selebriti dan usahawan Neelofa bakal kembali aktif dalam bidang seni tidak lama lagi.

Menurut suaminya iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail, dia sudah berbincang dengan Neelofa mengenai perkara itu dan mempercayai isterinya dapat membawa imej agama dengan baik sepanjang berada dalam industri seni.

“Alhamdulillah, kita dah diskusi benda ini (had kembali aktif) begitu detail la setiap perkara… dengan imej agama yang dibawa, kena banyak berhati-hati.

Neelofa 2

PU Riz dan Neelofa di majlis berbuka puasa bersama media.

“Alhamdulillah, Lofa boleh ikut… pakaian pun, dia taat la pada perintah Allah! Jadi, kita bagi dia ruang untuk dia berkarya dalam benda-benda dia dah biasa buat,” kata Haris kepada mStar.

PU Riz bersama Neelofa ditemui di majlis berbuka puasa bersama media di Restoran Cili Kampung Hartamas, Petaling Jaya, pada Khamis.

Untuk rekod, bekas pengacara program MeleTOP itu selamat melahirkan bayi lelaki bernama Muhammad Bilal di sebuah pusat perubatan pada 31 Januari lalu.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Mohd Ismail, 28, pada 27 Mac tahun lalu.

Saya nak jalankan rutin sebagai ibu itu lebih daripada yang lain.

NEELOFA

SELEBRITI

Dalam pada itu, Neelofa memberitahu dia bakal tampil dalam beberapa program bual bicara yang masih dalam proses perbincangan.

Biarpun bakal kembali aktif, namun usahawan berusia 33 tahun itu tetap mahu menjalankan rutin sebagai seorang ibu dengan mengutamakan anaknya terlebih dahulu.

“InsyaAllah saya pun dah berbincang dengan suami, mungkin saya akan keluar program bual bicara. Sekarang masih dalam proses perbincangan.

“Masih lebih kepada bisnes tapi keutamaan kami adalah Bilal. Saya pun tak nak dia lama-lama dengan helper. Saya nak jalankan rutin sebagai ibu itu lebih daripada yang lain.

Neelofa 1

Neelofa bakal muncul dengan program bual bicara.

“Kalau berbisnis pun boleh buat dekat rumah, jarang-jarang kena pergi meeting ke shooting ke. Sama juga program dalam industri ini pun, tak makan masa,” ujarnya.

Sementara itu, disoal mengenai perancangan zuriat seterusnya, Neelofa memberitahu dia dan suaminya sememangnya mahukan cahaya mata lagi malah sentiasa menerima rezeki yang Allah berikan.

“Perancangan anak seterusnya… kita nak anak lagi. Terima dan terima dan terima,” kata Neelofa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*