[VIDEO] “Dapat 5 Bulan Bonus Raya…” Mustapha Kamal Bagi Ucapan Raya Bikin Terhibur

Mereka yang membesar dengan menonton drama Melayu pastinya cukup kenal dengan pelakon Mustapha Kamal. Kebiasaannya pelakon ini terkenal dengan watak sebagai seorang pengarah syarikat besar dan dalam keluarga yang berada.

Sampaikan watak itu sudah melekat pada imejnya sehinggalah ramai yang akan menggelarnya sebagai pengarah syarikat Megah Holdings. Baru-baru ini pula, video ucapan raya dari pelakon itu turut mencuri tumpuan ramai menerusi akaun Tik Tok miliknya ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan pelakon itu yang seperti berada di sebuah set penggambaran raya di belakangnya itu. Dalam masa yang sama, dia juga dilihat memakai baju melayu seperti sedang menyambut hari raya.

Mustapha Kamal kemudiannya memberikan ucapan raya kepada para peminatnya dan sempat memberikan sedikit nasihat. Menerusi ruangan kapsyen pula, pelakon itu turut berseloroh akan memberikan lima bulan bonus raya kepada pekerja di syarikat Megah Holdings.

VIDEO:

@mustaphakamaal

Raya tahun ini semua staf Megah Holdings akan dapat 5 bulan bonus duit Raya .. 💲💲💲syaratnya pergi sembahyang Raya . Selamat hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin .😂😂😂😂🥰🥰😇😇🤲🏻🤲🏻🤲🏻

♬ Satu Hari Di Hari Raya – M. Nasir


Lebih melucukan, ianya akan diberikan kepada para pekerja yang hadir ke solat raya Aidilfitri sahaja sekaligus mencuit hati netizen. Malah ramai pula yang mengaku bekerja di syarikatnya itu dan berterima kasih dengan pemberian bonus raya tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat ucapan raya yang dikongsikan ini. Ada juga yang turut melayan sahaja kerenah pelakon itu yang sering terbawa-bawa dengan wataknya di dalam drama yang pernah dilakonkan.

KOMEN NETIZEN:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*