Sebijik Sama Macam Datin Shahida, Anak Dara Aliff Syukri Raih Tumpuan

Keluarga usahawan popular Dato Sri Aliff Syukri dan Datin Shahida sentiasa menjadi perhatian ramai di media sosial. Macam gelagat anak dara pada pasangan ini yang mencvri tumpuan dengan kecantikannya yang semakin lama mirip dengan ibunya sendiri.

Perkongsian video yang dikongsikan di akaun milik Datin Shahida ini tular apabila ramai yang tidak menyangka gadis itu adalah anaknya dan bukannya Datin Shahida sendiri. Malah video itu kini menerima lebih dua juta tontonan setakat ini.

@shahidadherbs2 Si kakak jeles dengan adik #fypシ #fyp ♬ original sound – Nur Shahida Mohd Rashid


Di dalam video yang dikongsikan ini, Datin Shahida berkongsikan situasi di sebalik tabir di sebuah set penggambaran hari raya yang dilakukan mereka sekeluarga. Turut kelihatan, seorang gadis dan kanak-kanak yang berebutkan barang yang sama.

Sekali pandang, ramai yang menyangka individu itu adalah Datin Shahida sendiri namun sebenarnya itu adalah anak gadisnya yang sulung. Oleh kerana gaya dan rupa yang sama, kedua-duanya kelihatan seperti orang yang sama sekaligus membuatkan ramai terkejut melihatnya.

anak

Dalam masa yang sama, netizen turut memuji kecantikan Qadeeja yang salin tak tumpah seperti ibunya sendiri. Malah ada yang memberitahu gaya gadis itu yang begitu lemah lembut ini juga turut sama dengan Datin Shahida.

Di ruangan komen, perkongsian di sebalik tabir ini turut mencuri tumpuan ramai yang menonton. Ada juga yang turut berkongsikan reaksi mereka sebaik sahaja melihat gelagat anak gadis pasangan usahawan itu.

“Aku ingat datin tadi ya rabbi.”

aliff syukri

“Cara dia tarik barang tu serious gentle, never thought of doing that…”

datin shahida

“Ingatkan mak dia.”

komen

“Sebiji mak dia kalau tak baca caption, sebab ingat datin tadi.”

tik tok

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*