Zizi Kirana dikejarkan ke hospital kerana dem4m panas… Yusuf Bahrin p4nik tengok muka isteri puc4t, m3nggigil badan!

DISERANG demam panas, penyanyi Zizi Kirana dikejarkan ke unit rawatan kecemasan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada awal pagi Ahad.

Mengalami tekanan darah rendah dan j4ngkitan pada bahagian tekak, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil berkata suaminya yang juga merupakan pelakon iaitu Yusuf Bahrin antara individu yang panik melihat keadaannya ketika itu.

Menurut penyanyi berusia 37 tahun itu, Yusuf yang sedang menjalani penggambaran bergegas pulang ke rumah untuk membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Zizi 2

Zizi bersama suaminya, Yusuf.

“Tiba-tiba pagi semalam saya alami demam panas… badan saya jadi m3nggigil. Tekak pula ada jangkit4n dan dar4h rendah sebab tak cukup rehat.

“Yusuf paling panik, dah la ketika itu dia sedang menjalani penggambaran. Apabila dapat tahu keadaan saya semakin teruk, dia terus minta izin produksi untuk balik.

“Nasib baik pihak produksi memahami dan okay. Melihat wajah saya dah pucat, dia terus bawa ke hospital,” kata Zizi ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Kesian juga la dia patah balik sana sini tengah malam buta.

ZIZI KIRANA

PENYANYI

Sebelum ini, pelakon drama Jangan Ganggu Jodohku itu memuat naik foto keadaan isterinya sedang menerima rawatan di hospital menerusi Instastory miliknya.

Pada November tahun lalu, Zizi pernah dimasukkan ke sebuah hospital swasta selepas mengadu sakit perut kerana bekerja tanpa henti.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Pijak ini mengakui dia berasa kasihan melihat suaminya sanggup berpatah balik dari lokasi penggambaran kerana bimbang dengan keadaan kesihatannya.

Zizi 1

Zizi kesian melihat suaminya berpatah balik ke lokasi penggambaran pada tengah malam.

“Selesai urusan di hospital, Yusuf sambung shooting dekat Subang Jaya. Kasihan juga la dia patah balik sana-sini ketika sudah tengah malam. Bila saya dah tidur, baru dia pergi kerja semula.

“Sekarang ini saya berehat di rumah sahaja sebab semalam doktor dah beri ubat tapi kalau keadaan hari ini masih tak okay juga, doktor suruh tidur di wad,” ujarnya.

Untuk rekod, Zizi mendirikan rumah tangga dengan Yusuf pada 19 September tahun lalu di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*