“Kalau ‘art’ sekalipun kena tahu batas” Awie Titip Nasihat Buat Aliff Tak Senang Duduk

PENYANYI Datuk Awie berpendapat usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri perlu berhenti menyanyi kerana tindakannya itu boleh mer0sakkan industri muzik di Malaysia.

Menurut Awie atau Ahmad Azhar Othman, 54, adalah lebih baik jika jutawan itu memberikan dana dengan membantu industri dan penyanyi berbakat yang ada di negara ini.

“Kalau boleh tak payah buat langsung sebab dia bukan penyanyi pun.

“Kalau nak buat bagi orang profesional yang buat… kamu keluar duit sudah sebab banyak duit.

“Kalau saya diberi peluang untuk bercakap berdepan dengan dia, saya akan cakap… please stop!” katanya kepada mStar.

Awie diminta mengulas mengenai MV kontroversi itu semasa sidang media supertele Rebel yang diadakan di Spoon Steakhouse, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Bercakap mengenai Rebel, supertele arahan Awie ini dijangka memulakan penggambaran selepas Aidilfitri ini.

Antara barisan pelakon dalam supertele ini ialah Ben Amir, MK K-Clique dan Shiqin Kamal.

Aliff Syukri Nak Mem0ndan Saja’ – Sekali Damian Mikhail Bersuara, Memang Padu

Nama usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri kembali ‘p4nas’ gara-gara klip video muzik (MV) lagu Kelepok Raya yang dikaitkan dengan unsur bertentangan norma dan budaya tempatan.

Bukan sebab duit!

Susulan itu, anggota kumpulan V.E yang juga komposer dan penerbit lagu, Damian Mikhail bersuara lantang menerusi hantaran di Instagram (IG).

Menurut Damian, 44, usahawan kosmetik itu tidak mengejar publisiti mahupun duit tetapi sekadar mahu ‘mem0ndan’ dalam MV itu.

Kena tindakan undang-undang

Dalam pada itu, pemilik nama Damian Mikhail Seet berharap agar pelantun lagu Abang Nak Tegur dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak menghormati bulan suci Ramadan.

Sekadar info, ini bukan kali pertama Aliff terpalit dengan kontroversi kerana pada tahun 2018 beliau memaparkan dua individu transgender berpakaian menc0lok mata dalam video muzik bertajuk ‘Bobo Di Mana?’

 

kredit:mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :http://trendingsangat.pw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*