Zizi Kirana tak sabar civm tangan suami di pagi raya, tapi takut nak balik rumah mentua

TAHUN pertama menyambut raya sebagai seorang isteri, penyanyi Zizi Kirana berkata ia bagaikan dalam satu bab4k drama yang betul-betul terjadi dalam dirinya.

Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 37, teruja untuk merasai pengalaman baharu itu dan pastinya tidak sabar untuk mencivm tangan suami di pagi raya.

“Selalunya hanya tengok drama di televisyen sahaja bagaimana isteri menyediakan persiapan raya untuk suami. Kali ini saya pula yang lalui.

“Memanglah teruja nak sambut raya bersama. Saya sendiri tidak sabar nak buat apa yang sepatutnya dilakukan oleh seorang isteri seperti menghidangkan juadah raya, gosok baju Melayu untuk suami dan sebagainya.

“Maklumlah tahun pertama sebagai isteri… rasa seronok nak buat semua perkara. Tak sabar juga dapat bersalaman dan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama nanti,” katanya kepada mStar.

Gementar juga nak sambut raya dengan mentua

ZIZI KIRANA

PENYANYI

Sementara itu, bercakap tentang pemilihan destinasi menyambut raya, Zizi akan pulang ke kampung suami di Melaka sebelum ke Sabah bersama ahli keluarganya pula.

Dalam keterujaan itu, isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin ini juga mengakui gementar menyambut raya bersama keluarga mentua dan perasaan itu tidak sama seperti mahu membuat persembahan pentas.

“Tahun ini saya akan beraya di kampung suami di Melaka. Kami ambil jalan mudah untuk raya di tempat yang dekat dahulu sebelum pulang bersama keluarga saya di Sabah.

zizi kirana 22

Zizi dan Yusuf juga memilih persalinan ringkas untuk digayakan di pagi raya.

“Gementar juga nak sambut raya dengan mentua. Perasaan takut itu tak sama macam nak buat persembahan pentas. Rasa yang tak boleh nak bayangkan… teruja dan gementar.

“Bagaimanapun Yusuf ada seorang adik perempuan lain, jadi bolehlah dia bantu saya untuk ajar apa yang kebiasaan dilakukan keluarga mereka dalam menyediakan persiapan raya.

“Bagi bab juadah raya tidaklah risau sangat kerana sama sahaja seperti apa yang biasa dimakan oleh keluarga saya di Sabah,” ujarnya.

Untuk rekod Zizi dan Yusuf bernikah pada 19 September tahun lalu di Kuala Lumpur.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*