Gelagat Lucu Budak Lelaki Selamba Ukur Perut PM, “Lain Macam Kau Bergurau Dik…”

Kanak-kanak memang insan yang naif dan sangat jelas menunjukkan perasaan serta pendapat mereka. Sama macam situasi lucu yang berjaya dirakamkan ini apabila gelagat seorang budak lelaki ini mencuri tumpuan ramai dengan tindakan spontannya ini.

Semuanya gara-gara tindakannya yang membandingkan perutnya dan perut Perdana Menteri di dalam satu majlis baru-baru ini. Gelagat spontannya ini turut membuatkan ramai berdekah melihatnya dan terhibur dengan apa yang dilakukannya.

@masturaaabdmanab ukur perut di badan sendiri dik bukan perut PM 🤣 #bertuahbetul #fyp #foryoupage #fypシ #tiktokmalaysia #fypdongggggggg #tiktokindonesia ♬ Original Sound – Unknown


Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik video berkongsikan sedutan klip dari liputan berita yang ditayangkan di televisyen. Dapat dilihat, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditemui dalam satu majlis bersama-sama golongan anak yatim.

Apa yang menarik perhatian ialah pada bahagian terakhir berita itu kelihatan seorang budak lelaki yang berdiri di hadapan Perdana Menteri itu. Dia kemudiannya mula membandingkan perutnya dan perut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam diam.

perdana menteri

Lebih melucukan, dia turut mengukur saiz perut itu dengan tangan sebelum memegang perutnya sendiri. Tindakan spontannya ini menarik perhatian ramai netizen memandangkan berita itu ditayangkan di televisyen.

Di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama terhibur melihat situasi yang dirakamkan ini. Malah ada yang berseloroh lain macam pula gurauan yang digunakan oleh budak lelaki itu untuk bergurau dengan Perdana Menteri itu.

“Lain macam cara kau bergurau dik.”

budak lelaki

“Jangan risau PM tu usia atok atok jadi dia faham perangai cucu ni macam mana.”

perut

“Ayah dulu pernah lawan perut dengan perdana menteri.”

komen

“Nasib dia tak lagakan perut dia dengan perut PM tidak dekah aku.”

tik tok

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*