
Tahun 2022 ini boleh dikatakan lagu raya yang dihasilkan sangat meriah. Kebanyakannya adalah lagu gembira dan membuatkan yang mendengarkannya turut teruja untuk meraikan hari kemenangan ini.
Namun begitu, salah satu lagu raya baru yang menjadi perhatian ramai adalah Zapin Lebaran nyanyian Ernie Zakri. Lagu yang dari genre zapin ini menjadi perhatian kerana penyanyi ini bijak memilih runut bunyi untuk menghiburkan peminatnya.
Di kala penyanyi lain sibuk untuk menghasilkan lagu raya dari genre lebih rancak, namun hasil nyanyian Ernie Zakri ini memang memiliki auranya yang tersendiri. Buat korang yang belum mendengarkan lagi lagu Zapin Lebaran nyanyian Ernie Zakri ini boleh saksikan muzik videonya di bawah:
Melodi yang cukup indah untuk didengar. Apatah lagi dengan suara Ernie Zakri yang cukup merdu. Tahniah Ernie Zakri dan team berjaya menghasilkan lagu yang memartabatkan tradisi sebegini. Berikut antara reaksi warganet ditinggalkan di ruangan komen muzik video yang dimuat naik di Youtube:
“Ni ranking pertama untuk lagu raya tahun ni. Sangat2 boleh diterima. Tanpa gimik mengarut. Penuh adab sopan santun”
“Kudos to Ernie dan team kerana masih memartabatkan irama tradisional Melayu. Ini yang kita patut viralkan…”
“Ini baru lagu raya..Bunyinya festival…simple, meriah, melayu. tradisional, catchy senang nak ingat”
“Lagu raya bukan sekadar hiburan..Tapi penuh dengan makna tanpa merosakkan erti hari raya…”
“Nih baru namanya lagu raya! Klasiknya , lenggoknya, kemerduan suaranya!”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : hcl
Leave a Reply