Sedihnya! Anak Jual Semua? Ini Yang Terjadi Kepada Harta Sharifah Aini!

“Ia betul ini rumah Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan memang hendak dijual”, kata seorang individu yang ditemui berada di rumah berkenaan di Petaling Jaya.

Rumah Kediaman itu Dijual

Menurutnya rumah itu hendak dijual oleh anak Allayarham berikutan ia sangat besar buat mereka sekeluarga.

“Tiada sebab lain melainkan rumah itu terlalu besar untuk dihuni dan sudah diserahkan kepada ejen rumah untuk dijual”, katanya yang enggan dikenali.

Tinjauan ke rumah berkenaan sebelum ini mendapati ia masih dihuni dan tiada sebarang papan tanda atay kain rentang yang bertulis untuk dijual.

Cubaan untuk bertemu anak Allayarham, Aliff Omar Ali gagal kerana menurut individu berkenaan, dia hanya akan memberi kerjasama kepada mereka yang ingin berurusan mengenai rumah berkenaan.

“Maaf ya kalau ditanya soal lain rasanya tuan rumah tidak berminat tetapi untuk membeli rumah ini mungkin dia boleh memberi kerjasama”, katanya.

Terdahulu, sebuah laman di Facebook menyiarkan iklan mengenai rumah banglo mewah di Petaling Jaya hendak dijual dengan harga 8 Juta Ringgit Malaysia. Pada iklan berkenaan turut ditulis rumah itu adalah kepunyaan seorang penyanyi popular Malaysia.

Dalam pada itu, bekas suami Allahyarham Sharifah Aini, Ali Bakar ketika dihubungi berkata, dia tidak tahu menahu mengenai penjualan rumah itu.

“Saya sudah lama tidak ada hubungan dengan arw4h, rasanya tidak manis jika saya terlalu banyak memberi komen. Lagipun soal penjualan rumah ini adalah soal peribadi”, katanya.

Tambahnya lagi, dia sendiri tidak ada bercakap apa-apa mengenai penjualan rumah itu, oleh itu dia tidak mahu mengulas lanjut.

Bagaimanapun, pencarian untuk mendapatkan status sama ada rumah tersebut sudah dibeli atau belum tidak membuahkan sebarang hasil.

Sumber : Youtube

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://www.viralmy.me/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*