[Video] Penyampai berita TV3 ucap terima kasih kepada Janna Nick, rakaman video banyak bantu siasatan

PENYAMPAI berita TV3, Khairul Rizuan Azizan yang terlibat dalam insiden dis3ret ketika mengejar penjen4yah mengucapkan terima kasih kepada pelakon Janna Nick kerana berjaya merakam detik cemas itu.

Khairul, 24, berkata, video berkenaan sangat membantu pihak berkuasa bagi mengesan svspek.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)


Selain itu, Khairul turut meluahkan hasrat untuk bertemu aktres tersebut jika berkesempatan.

“Kecederaan saya dah okay sikit. Hanya lvka kecil.

“Terima kasih banyak-banyak kepada Jana Nick sebab video dia sangat membantu. Kalau nak temukan saya dengan Janna saya okey. Nak ucap terima kasih,” katanya kepada mStar.

Dalam kejadian tersebut, Khairul memberitahu dia tidak mengalami kerugian besar melainkan cermin sisi yang pecah akibat perbuatan penjenayah.

“Cermin kereta je pecah, tiada apa yang hilang sebab beg saya dia lempar keluar.,” ujarnya.

WhatsApp Image 2022-05-07 at 1.01.47 PM (1)

Tangkap layar rakaman dashcam tersebut.

Pada Jumaat, dua beradik dipercayai suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.

Suspek adalah seorang lelaki dan wanita tempatan masing-masing berusia 31 serta 24 tahun ditahan di satu lokasi di Puncak Alam, Selangor.

Sebelum ini, rakaman video dashcam kereta Janna Nick yang memperlihatkan kejadian tersebut tular di media sosial.

Khairul Rizuan Azizan yang cedera diseret ketika cuba mengejar penjen4yah yang memecah tingkap kereta miliknya di Damansara Perdana pada Jumaat.

Kejadian berlaku pada 3.40 petang itu menyebabkan Khairul Rizuan luka di tangan, jari kanan serta lutut kanan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*