Kerja Halus, Anzalna Sempat Seluk Duit Raya Dalam Kocek Suami Masa Bermaafan

Sudah semestinya setiap kali tiba musim Hari Raya Aidilfitri, semua golongan termasuklah kanak-kanak mesti teruja kerana pada hari raya, sesi memberi duit raya adalah yang paling ditunggu.

Bukan sahaja kanak-kanak yang akan mendapat duit raya tetapi golongan dewasa yang bergelar isteri juga akan dapat duit raya daripada pasangan masing-masing.

Samalah juga seperti seorang pelakon yang bernama Alzalna Nasir yang mendapat perhatian apabila video yang dimuatnaik di aplikasi Tik Tok menjadi tular apabila sesi bersalaman Alzalna sempat lagi mengambil duit raya yang berada di tepi kocek baju melayu suaminya itu.

Walaupun sudah diberi duit raya oleh suaminya itu tetapi Alzalna dengan diam-diam mengambil baki duit raya itu sambil bergelak ketawa. Dalam pada itu, Alzalna turut berseloroh yang suaminya beruntung kerana masih mendapat duit raya daripada saudara maranya.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)


Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen terhibur dengan telatah “licik” nya itu. Selain itu, ramai juga yang memuji kebahagian mereka yang sememangnya sentiasa bahagia.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Instagram anzalnanasir88

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*