Rai Hari Raya Bersama 2 Isteri & Anak-Anak, Ustaz Azhar Idrus Jadi Perhatian Ramai!

Ustaz Azhar Idrus, seorang penceramah bebas Malaysia yang terkenal dengan gaya penyampaian dan gaya ceramahnya yang bersahaja, diselit dengan jawapan lucu tetapi tepat, padat dan mengena serta pekat dengan slanga Terengganu.

Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali dengan gelaran UAI merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia dkwah.

Gaya penyampaian dan gaya bersahaja serta lucu membuatkan ramai anak muda berminat untuk menonton dan mendengar ceramahnya.

Apa yang menariknya kali ini apabila anak kepada UAI, Ikhwan Najmi berkongsi sebuah video yang memaparkan keluarga UAI.

Video yang berdurasi 24 saat itu berjaya meraih tontonan jutaan tanda suka dan ribuan komen dari peminatnya.

@ikhwannajmi7

eid mubarak💜💫

♬ Seloka Hari Raya (Instrumental) – Various Artist – Instrumental Seloka Aidilfitri

Sebelum ini, UAI jarang berkongsi gambar keluarganya kepada orang ramai. Ramai peminat UAI berasa teruja sekali kerana akhirnya dapat melihat keluarga besar UAI pada sambutan Hari Raya di rumah mereka itu.


Sekadar info, dahulunya Ustaz seorang guru dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terngganu, ‘band boy’ dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.

Setelah kumpulan muziknya membuat keputusan untuk menjadi artis rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuannya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik dan bukannya untuk mencari glamour.

Ustaz juga aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun  1980-an.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :Tiktok & Ig Daebaking

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*