Satu Malaysia ‘kec4m’ Khuzairi dan Shukri Yahaya, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah pun ‘join’ skali

Bakal melabuhkan tirainya malam ini, watak Khuzairi lakonan Shukri Yahaya dalam drama kegil4an ramai, 7 Hari Mencintaiku 3 (7HMK3) ternyata  mencetuskan kem4rahan dan keb3ncian rakyat Malaysia.

Nama Khuzairi juga meledak dalam media sosial sejak beberapa hari lalu selain dihujani pelbagai kec4man daripada penonton drama popular tersebut.

Tidak hanya netizen dalam kalangan peminat kebanyakan, selebriti tanah air seperti Eyra Hazali dan penceramah terkenal iaitu Datuk Dr. Fadzilah Kamsah turut melontarkan rasa tidak puas hati dengan perilaku Khuzairi dalam drama berkenaan.

“Siapa budak nama Khuzairi Samad ini? Tok Abah rasa, dia kena masuk Program Motivasi Rumahtangga Tok Abahlah lepas ni.

“Tok Abah dengar kuasa Twitter ini hebat. Bantu cari budak nama Khuzairi, Tok Abah nak kuliahkan dia. Tok Abah syak dia tidak hadiri kursus kahwin,” ciapnya Fadzilah Kamsah berseloroh dalam Twitter.

Sementara, Eyra pula berseloroh agar Khuzairi berubah kepada watak Shukri agar tidak lagi dihujani kec4man.

“Sudahlah Khuzairi, jadi Shukri Yahya saja.

“Pasti satu Malaysia diam tak c4ci m4ki. Saya bagi cadangan saja,” guraunya menerusi satu ciapan Twitter.

Selain Fadzilah dan Eyra, Shukri ketika ini sememangnya menjadi tumpuan utama kebanyakan rakyat Malaysia yang menonton drama 7HMK3.

Lebih lucu, wajah Shukri turut disunting dalam sebuah poster yang memaparkan watak Khuzairi ditolak ke dalam gaung kerana keb3ncian yang membuak-buak terhadapnya.

Difahamkan, keb3ncian terhadap watak Khuzairi tercetus selepas dia mengambil keputusan untuk menjadi ‘pak sanggup’ dan bernikah dengan Nurul (Wafariena) yang dikatakan hamil anak Pak Samad (Kazar) sehingga sanggup men3ngking isterinya sendiri iaitu Mia (Siti Saleha).

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*