“Kalau la semua perempuan macam dia” – Netizen Terkejut Jumpa Gadis Kelantan Jenis Setia.

MUNGKIN terdapat sesetengah wanita yang tidak sanggup menerima seseorang untuk dijadikan pasangan lebih-lebih lagi ketika saat kejatuhan lelaki tersebut.

Namun tidak bagi gadis ini yang sanggup menerima bakal suaminya meskipun lelaki tersebut sedang pulih daripada kecederaan selepas ditimpa kemalangan jalan raya.

Lebih membuatkan ramai kagum, dia hanya mengenali lelaki berkenaan selama kira-kira dua bulan sebelum mengambil keputusan untuk menerima lamaran si jejaka.

Berkongsi kisahnya dengan mStar, gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Qasrina berkata, dia dan bakal suaminya berkenalan menerusi media sosial pada Mac lalu.

setia 1

“Ketika itu bakal suami, Ku Rizal baharu sebulan ditimpa kemalangan. Daripada chat di media sosial, dia taaruf dengan saya terlebih dahulu.

“Dia suarakan keinginan untuk berkenalan lebih rapat dan saya minta ke rumah bertemu mama. Dalam masa sama juga dia ceritakan keadaannya yang sedang sakit dan baru pulih daripada kemalangan.

“Saya terdetik juga nak menziarahinya. Saya melawat dia sebagai orang sakit, tak ada niat apa-apa. Selepas dua hari menziarahinya, dia beritahu bahawa ibunya berkenan dengan saya. Maka daripada situlah bermula segala-galanya,” cerita gadis berusia 19 tahun ini.

Menurut Qasrina yang berasal dari Tumpat, Kelantan, tunangnya mengalami kecederaan parah pada bahagian paha akibat kemalangan tersebut dan mengakibatkan pergerakannya terbatas.

“Sepanjang bersahabat, pernah juga saya menemaninya menjalani rawatan susulan di hospital. Tapi tak pernah berdua sebaliknya ditemani rakan.

“Dia anak bongsu dan tinggal berdua dengan ibunya. Ibunya masih belum habis edah selepas kematian bapanya, manakala adik-beradiknya yang lain sudah berkeluarga dan tinggal berjauhan.

“Jadi saya membantunya setakat mana yang boleh di samping beri kata-kata motivasi. Alhamdulillah, dia kuat semangat. Tak sangka daripada pertama kali jumpa dia pakai tongkat besi kaki empat, sekarang dah boleh jalan perlahan-lahan tanpa tongkat.

setia 2

“Perkembangan yang ditunjukkannya sangat pantas… dalam masa dua bulan saja. Doktor pun terkejut,” kata Qasrina yang membantu keluarganya menjalankan bisnes serunding.

Dua bulan mengenali hati budi dan keluarga masing-masing, Qasrina selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka berusia 23 tahun itu yang juga berasal dari daerah sama, pada 4 Syawal lalu.

“Walaupun perkenalan kami singkat, namun Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah. Saya rasa salah satunya kerana reda kedua-dua orang tua.

Saya ingat mama pernah cakap, carikan dia menantu yang boleh mandikan jen4zah, boleh jadi imam solat. Biar tak kaya, tapi tinggi pengetahuan agama.

QASRINA

“Apa yang membuatkan saya menerimanya adalah kerana ciri yang ada padanya menyerupai arwah papa saya. Dia soft spoken, pandai ambil hati orang tua, hormat famili. Semua ahli keluarga saya suka dia.

“Saya ingat mama pernah cakap, carikan dia menantu yang boleh mandikan jenazah, boleh jadi imam solat. Biar tak kaya, tapi tinggi pengetahuan agama,” ujarnya sambil menambah, bakal suaminya merupakan seorang guru Al-Quran selain menjalankan bisnes sendiri.

Tidak menyangka perkongsiannya di aplikasi TikTok menjadi tular, Qasrina melahirkan rasa terharu dengan komen positif netizen yang turut mendoakan hubungan mereka.

WhatsApp Image 2022-05-21 at 2.52.24 AM

“InsyaAllah, kami bakal disatukan sebagai suami isteri awal Jun nanti.

“Apa yang boleh saya kongsikan, kepada yang mencari pasangan, usahlah tengok pada kekurangan… kalau ada, sama-sama baiki. Tiada manusia yang sempurna.

“Saya sendiri bukanlah insan sempurna namun saya bersyukur kerana Allah hantar orang yang baik sebagai pasangan saya, InsyaAllah,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Inai masih merah, pengantin baru p3ngsan di hospital selepas tengok keadaan suami kemal4ngan – “Pihak sana seolah tak hirau keadaan kami”

KETIKA inai di jari masih belum hilang warnanya, pasangan pengantin baru ini diuji dengan hebat.

Baru 10 hari melayari alam rumah tangga, si suami cedera parah kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya yang mengakibatkannya terlantar sehingga kini.

Menurut Ummin Kalsom Ramli, suaminya, Mohd Irfan Mohd Remli, 25, ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari kedai milik sepupunya, sebelum motosikal yang ditunggangi dilanggar oleh sebuah kereta.

Akibat kemalangan tersebut, suaminya yang merupakan pekerja bagi sebuah syarikat penyelenggaraan jalan raya mengalami lvka parah di tangan kanan, kecederaan pada tulang tengkuk dan hampir 80 peratus anggota badan pada sebelah kanannya patah.

Tragedi tersebut berlaku pada 4 Julai lalu, 10 hari selepas pasangan ini diijabkabulkan pada 25 Jun.

Hampir tiga bulan berlalu, namun segala-galanya masih jelas terlayar di hadapan mata wanita berusia 26 tahun ini.

“Saya menetap bersama ibu mentua di Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan. Malam tu sementara tunggu suami pulang, kami bersembang sampailah ke tengah malam. Selalunya bersembang tak sampai lewat pun.

“Baru je nak letak kepala dekat bantal, saya dapat panggilan mengatakan suami kem4langan. Teruslah kami bergegas ke hospital. Dalam perjalanan, macam-macam benda bermain dalam kepala tapi saya harap keadaanya tak teruk.

“Tapi sebaik saja tengok dia depan mata dekat hospital, terus saya rebah dan pengsan. Dengan tangan kanannya yang parah dan tubuh berlumuran darah. Tak sangka kecederaannya tak seperti yang saya fikirkan,” ujarnya yang senang disapa Ummin.

suami accident 1

Menurut wanita ini, selepas tiga siri pembedah4n dan rawatan, keadaan suaminya bertambah baik namun masih terlantar sehingga kini.

Demi sayang, wanita ini berkata dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi memberikan sepenuh perhatian sepanjang tempoh rawatan dan proses pemulihan suaminya.

“Tak kerja sekarang, tapi InsyaAllah ada rezeki kelak berkat menjaga suami. Sebagai isteri, saya perlu ada di sisi suami untuk beri kata-kata sokongan dan semangat kepadanya. Pernah beberapa kali dia down dan sedih sebab keadaannya tak sama macam dulu.

“Setiap kali itulah, saya akan pujuk dan tegaskan yang saya tak akan tinggalkannya. Dia sakit, saya pun terasa sakitnya. Ini ujian buat kami berdua dan biarlah hadapi bersama-sama.

“Sememangnya kekangan yang kami hadapi ketika ini adalah dari sudut kewangan memandangkan kami berdua tidak bekerja sekarang. Alhamdulillah ada kawan-kawan suami yang pemurah dan baik hati, keluarga dan orang terdekat yang prihatin.

suami accident 2

“Cuma terkilan sedikit apabila pihak di sana seolah-olah tak hirau keadaan kami sedangkan dia yang melanggar dan dilaporkan di bawah pengaruh dadah. Bab itu, saya hanya mampu serah kepada Allah,” ujarnya yang sebelum ini bekerja di stesen minyak.

Tak kerja sekarang, tapi InsyaAllah ada rezeki kelak berkat menjaga suami. Sebagai isteri, saya perlu ada di sisi suami.

UMMIN KALSOM RAMLI

ISTERI

Tidak menyangka perkongsiannya meraih perhatian ramai, Ummin dalam masa sama meluahkan rasa terharu kerana tidak putus-putus menerima kata-kata semangat dan doa daripada netizen.

“Terima kasih yang tak terhingga kepada yang doakan kesembuhan suami, dan kata-kata semangat untuk kami walaupun tak saling mengenali.

“Harapan saya satu saja, nak tengok suami sembuh seperti dulu walaupun doktor kata mungkin ambil masa setahun lebih juga. InsyaAllah suami akan jalani pembedahan keempat pada November depan. Teruslah doakan kami.

“Buat orang di luar sana, hati-hati memandu kenderaan, jadi pemandu berhemah dan janganlah pentingkan diri hingga bahayakan nyawa orang lain. Ingatlah mereka juga ada isteri serta keluarga,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*