Shikin Maembong Tarik Balik S4man, Nak Jumpa Tapi Chef Wan Tak Nak- “Leave Me Alone!”

Chef Wan mendedahkan bekas menantunya, Shikin Maembong nak tarik semula tuntutan saman dan mahu berjumpa dirinya.

Katanya, Serina yang hantar pesanan, memaklumkan Shikin mahu berjumpa dan beri penjelasan.

Serina text this morning to say that Shikin my ex menantu nak jumpa papa to explain dan tarik saman dia balik. Can we meet this afternoon with the kids Pa?”

Namun Chef Wan kata dia tak mahu berjumpa dan dalam masa yang sama dah memaafkan Shikun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)


“Saya cakap,’tidak mengapa, saya sudah memaafkan dia dan saya harap dia rasa yang sama juga’. Saya tidak mahu bertemu dengan dia atau harus mendengar semua drama anak-anak ini dan bekas menantu.”

Tambahnya dia dah penat melayan kerenah manusia.

“Saya minta maaf saya terpaksa menolak. Can we just move on with my life?. Saya sudah tidak boleh menguruskan sebarang isu anak-anak mahupun bekas menantu dan menantu. Saya mahu keluar. Saya penat bertahun-tahun terpaksa berhadapan dengan kerenah semua orang! Beri sedikit ruang untuk saya.”

Tambahnya, “Jika dia memilih untuk saman atau menarik semula itu adalah pilihannya. Saya sentiasa ada untuk berpegang pada prinsip saya yang baik. Tinggalkan saya keseorangan!”

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kedua belah pihak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: CARI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*