[VIDEO] Janna Nick tersinggvng dikutvk gemuk, paha besar… Sed1h sampai terfikir nak ‘pot0ng perut’

PERNAH dikatakan gemuk dan memiliki paha besar, pelakon dan pengacara Janna Nick mengakui dia pernah terfikir untuk menjalani prosedur pembed4han bariatrik atau pintasan perut (pot0ng usus).

Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner, 27, dia tersinggung dengan kutukan itu dan mahu membuktikan dirinya boleh mendapatkan kembali bentuk tubuh yang langsing.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)


“Hari ini aku sedih.. selama ini aku tidak pernah peduli orang cakap gemuk atau paha besar.

“Tetapi kali ini aku betul-betul terasa sampai terfikir nak potong perut. Aku akan buktikan aku boleh kurus,” jelasnya.

Janna berkongsi luahan hatinya itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram pada Selasa.

Biarlah orang nak sakitkan hati aku, yang penting aku tak sakitkan hati orang

JANNA NICK

PELAKON/PENGACARA

Dalam video tersebut, penyanyi lagu Gatal ini dilihat memulakan sesi latihan di sebuah gimnasium.

Dalam pada itu Janna turut meninggalkan pesanan kepada pengikutnya supaya tidak melihat isu body shaming sebagai sesuatu bahan jenaka.

“Biarlah orang nak sakitkan hati aku, yang penting aku tak sakitkan hati orang.

janna 2

Janna mohon pengikut hentikan body shaming.

“Aku harap orang yang tengok video ini berhenti body shaming orang lain.

“Jangan jatuhkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri,” ujarnya.

Perkongsian Janna itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikut.

Rata-ratanya meminta Janna untuk terus kuat dan tidak memikirkan kata-kata negatif dan kutukan berkenaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*