“Bukannya Saya Berubah Memuja Something” – Dikritik Berhijab Gaya ‘Sister’, Aina Abdul Anggap Hanya Sebagai…

Di sebalik kemeriahan sidang media konsert A Night With Aina Abdul 2.0 yang berlangsung petang semalam, muncul pula kritikan tidak enak mengenai imej yang dibawa penyanyi bervokal mantap itu.

Menerusi beberapa komen di media sosial Aina, ada segelintir netizen yang menyamakan gaya hijab penyanyi tersebut seperti biarawati gereja atau ‘sister’.

Malah, ada juga yang mempersoalkan mengapakah Aina memilih gaya sedemikian.

Enggan isu tersebut menjadi lebih besar, Aina tampil memberi penjelasan mengenai gaya imej berkenaan.

“Sebenarnya look hari ini memang kita nak tampil macam ni. Bukan sebab apa tapi ni memang brand Aina Abdul.

“Memang akan ada elemen macam ni, surprise punya elemen.

“Saya suka fesyen walaupun nampak macam sister, saya hanya appreciate benda tu as fesyen only,” katanya.

Tambah Aina, fesyen digayakan itu juga hanya sekadar ‘statement’ yang bersifat sementara.

“Fesyen just untuk statements, temporary statement. Bukan kita pakai macam ni, saya berubah saya memuja something.

“Ini cara saya untuk beri inspirasi kepada mereka yang mahukan sesuatu yang lain.

“Bagi di luar sana, kalau nak follow, follow la, if tak, saya bukan suruh orang semua pakai tudung macam ni.

“Kalau nak pakai good for you,” katanya.

Aina berkata demikian majlis sidang media konsert A Night With Aina Abdul (ANWAA)l 2.0 yang berlangsung di EQ Kuala Lumpur, petang semalam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: https://gempak.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*