[Video] Rupanya Suara Mickey Mouse Adalah Khir Rahman Buat Ramai Tak Percaya!

Kartun yang wujud sejak sekian lama, Mickey Mouse pernah menjadi antara kegemaran kanak-kanak. Malah yang dulunya pernah menyaksikan kartun Mickey Mouse ini kini sudah pun dewasa.

Karakter kartun ini juga cukup popular dan ramai yang mengenalinya. Bagaimanapun, suara Mickey Mouse yang dialih ke bahasa malaysia sejak dari dulu lagi sebenarnya adalah milik pelakon berbakat Khir Rahman.

Pendedahan ini diakui sendiri oleh pelakon tersebut baru-baru ini. Dalam satu perkongsian video menerusi TikTok milik pelakon ini dia memberitahu suara alih karakter kartun itu adalah miliknya.

Sempat juga dia membuat suara Mickey Mouse itu dalam rakaman yang dikongsikan. Berikut adalah rakaman suara Mickey Mouse dari Khir Rahman itu:

@kei_ramoss INFO .. #kisahbenar #taktipu #percayalah #fyp #foryou #tiktokmalaysia #mickeymouseclubhouse #dubber #voicetalent ♬ original sound – KEI RAMOSS


Siapa sangka suara comel karakter kartun versi bahasa malaysia itu adalah Khir Rahman bukan? Apa-apa pun perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 700 ribu tontonan dan 121 ribu likes.

Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Dari bass guitarist ke vokalis rimba bara tetiba jadi VA Mickey”

“Waktu kecik aku nak sangat tau sape buat suara nih akhirnya terjawab”

“Benda2 macma ni abang kena rahsiakan kadang2. Sebab ramai yang tak bersedia dengan kebenaran seperti ini”

“Muka ganas tapi ada suara tersembunyi rupanya”

 

Sumber: Kei Ramoss

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*