Aripah Damanhuri Telah Pergi menghadap illahi, Seniwati Yang Saya Hormati,”- Ogy Ahmad daud

Seniwati, Fauziah Ahmad Daud memaklumkan sahabatnya yang juga merupakan pelakon senior, Aripah Damanhuri telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh Fauziah menerusi entri terkini di laman Instagram.

Menurut Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy, sebagai rakan industri, dia sememangnya amat menghormati keperibadian Aripah selama ini.

Seniwati Aripah Damanhuri telah pulang kepada ya Khaliq. Seniwati yang saya hormati. Allahyarhamah merupakan kakak kepada seniwati Normah Damanhuri.

“Ya Allah ampunilah dia. Belas kasihanilah dia. Hapuskanlah dan ampunilah segala

dosa-dosanya. Tempatkan dia bersama para-para syuhada. Aamiin Allahumma Aamiin.

“Takziah buat seisi keluarga. Allahyarhamah Aripah Damanhuri,” tulisnya.

Dikesempatan itu juga, Fauziah turut menitipkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Aripah selain turut mendoakan semoga mereka diberikan kekuatan untuk menempuh detik sukar ini.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih diatas perkhabaran tersebut.

Sekadar informasi, Allahyarham Aripah merupakan kakak kepada pelakon senior yang kini sedang membintangi filem 3 Janda Melawan Dunia, Normah Damanhuri.

Beberapa minggu lalu, Normah memaklumkan kakaknya itu telah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Sumber MH

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Ahmad Daud (@kak_ogy)


Terdahulu,

UPDATE PERKEMBANGAN MAK Aripah Damanhuri Original SETAKAT JAM 5.30 PTG 28 APRIL

– alhamdulillah, hari ni mak bukak mata besar sikit dah banding semalam bila dipanggil. Setiap kali dipanggil, mak bukak mata, pandang arah org yg memanggil. Insya Allah, mak semakin banyak concious level tapi masih jauh lagi utk full conciousness

– doktor maklum yg keadaan buah pinggang mak makin baik, dan jangkitan kuman dalam otak tu dah berkurang, namun antibiotik masih on

– yg masih on juga ialah adrenalin dan norad untuk menguatkan jantung mak sbb jantung mak masih belum stabil, dan darah mak masih agak pekat walaupun x sepekat dulu

– masalah hypo mak dah selesai, cuma doktor kini masukkan elektrolit dalam badan mak utk tenaga. Mak sekarang dalam fasa cuba disedarkan sepenuhnya

– masih lagi belum dipastikan sejauh mana strok mak tu akan efek diri mak lepas ni, namun doktor beri jaminan akan mulakan rawatan untuk strok sebaik sahaja rawatan untuk jantung mak selesai

– mak td mcm nak peluk sy…dia dah angkat tangan kanan dia cuma masih x cukup kuat dan dihalang wayar2. Sy tenangkan mak, cakap ke dia yg dia x payah peluk sy..biar sy yg peluk dia..

All and all, doktor menyatakan mak ada progress positif hari ni, walaupun masih tidak sebanyak mana. “The progress is really slow but it’s there”.

Tak mengapalah mama. Slow mcm mana pun, org setia menanti. Ramai yg setia menanti. Mereka semua menanti mama sihat. Insya Allah, kami kuat. Org kuat. Maka mama kena kuat.

Sbb org tau, mama mmg kuat.

Terima kasih atas segala doa yg baik2. Sayang anda semua.

Fais

5.38pm

ICH HKL

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://celeangle.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*