Ramai Kagum Tengok Syed Saddiq Selamba Pergi Kerja Naik LRT

Mereka yang bekerja di Lembah Klang pastinya tahu betapa teruknya kesesakan lalulintas yang perlu dihadapi jika ingin ke tempat kerja. Disebabkan itu, ramai yang lebih selesa menggunakan pengangkutan awam seperti LRT atau MRT untuk mengelakkan diri dari menghadapi jalan jem.

Baru-baru ini pula, gelagat YB Syed Saddiq yang dilihat turut menggunakan tren LRT sebagai pengangkutannya mencuri tumpuan ramai. Maklum saja lah, bukan senang untuk melihat ahli politik menggunakan pengangkutan awam yang digunakan rakyat biasa.

https://twitter.com/RojakSocks/status/1531128164617195520?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1531128164617195520%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fhimpunanceritalawak.com%2F2022%2F05%2F31%2Framai-kagum-tengok-syed-saddiq-selamba-pergi-kerja-naik-lrt%2F

Menerusi rakaman yang dikongsikan di Twitter ini, Presiden MUDA itu dilihat menaiki tren LRT itu seorang diri untuk menuju ke destinasinya. Dalam masa yang sama, kelihatan Syed Saddiq yang berdiri tegak di dalam tren sambil memakai wireless earphone di telinganya.

Kemunculannya di dalam tren itu juga tidak disertai oleh pengiring ataupun pengawal peribadi berdasarkan rakaman yang dikongsikan itu. Melihatkan gelagatnya yang selamba menggunakan pengangkutan awam itu, ramai juga netizen yang berasa kagum melihatnya.

Ada juga yang memuji tindakan YB Syed Saddiq yang memberikan contoh yang baik dengan sama-sama menggunakan pengangkutan awam seperti rakyat biasa. Walaupun ada yang menganggap ia hanyalah satu lakonan, ada juga yang memandangnya dari sudut yang positif.

“Kita perlukan lebih ramai ahli politik yang naik pengangkutan awam. Dalam masa yang sama, dorang boleh bagi feedback.”

“Aku tengok ni auto straight kan belakang.”

“Bila ada sorang YB pakai public transport, orang komplen berlakon. People are amazing.”

“Seronok YB jadi contoh teladan untuk galakkan rakyat naik pengangkutan awam…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*