“Ini Baru Betul Superhero”, Ustaz Ebit Lew Cari Dan Bantu Pak Cik TBS

Sebut sahaja nama Ustaz Ebit Lew, siapa sahaja yang tidak kenal dengan figura berpengaruh dan dihormati ramai ini. Seorang yang banyak menghulurkan bantuan kepada orang susah dan personalitinya merendah diri, lembut tutur kata dan lain-lain membuatkan Ustaz Ebit Lew menjadi idola ramai.

Baru-baru ini tular dengan kisah seorang pak cik yang dijumpai di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Katanya pak cik ini datang ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. Malam tadi Ustaz Ebit Lew turun padang dan pergi mencari pak cik di Terminal Bersepadu Selatan ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)


Misinya itu berjaya dan menurut Ustaz Ebit Lew, pak cik ini ada rumah di Kedah dan tinggal seorang diri di kampung. Umur 70 lebih dan Ustaz Ebit Lew sendiri sedih melihatkannya kerana macam ayah-ayah.

Dipendekkan cerita, Ustaz Ebit Lew menawarkan bantuan kewangan dan mahu pak cik ini pulang berehat di kampung. Selain dari itu, seorang pengguna TikTok sempat merakamkan siaran langsung Ustaz Ebit Lew cari dan bantu pak cik TBS ini dan memuat naik semula telah mencuri perhatian ramai.

Berikut adalah perkongsian individu tersebut yang ternyata membuatkan ramai tersentuh hati dengan rakaman itu:

@riderhelmetpanda Aku jarang nak post video macam ni. Tapi aku tengok sendiri live @ustazebitlew dari jemput pakcik dekat stesen bas sehingga sampai dekat rumah ustaz, part ni paling kawkaw jentik hati aku. Bergegas aku balik rumah untuk edit sarikata pakcik ni supaya penonton boleh faham dan jelas. Jangan lupa tunggu sampai “ Highlight Merah “ ya ? Terima Kasih Kerana Membantu, Ustaz ! 😭❤️ #kitabaikramaisayang #kitabaikallahsayang #ebitlew ♬ original sound – S̷pain ☹ – S̷ilent

Ini antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian Ustaz Ebit Lew cari dan bantu pak cik ini:

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*