“Dia Memang Budak Pandai La” Netizen ‘Bitter’ Anak Azhar Sulaiman Pakai ‘Cable’ Atuk Untuk ‘Intern’ Di AirAsia?

Mencari syarikat untuk menjalani ‘internship’ juga merupakan antara cabaran dan saingan sengit yang dilalui ramai pelajar universiti zaman sekarang.

Tapi, kalau ada ahli keluarga yang memiliki syarikat yang mengambil pelajar untuk menjadi ‘intern’ mungkin menjadi lebih mudah bagi seseorang itu. Bak kata orang sekarang, ‘guna cable’.

Itulah situasi yang kini sedang diperkatakan oleh sesetengah netizen di video dimuat naik oleh akaun AirAsia di aplikasi TikTok.

Menerusi video dimuat naik semalam, syarikat itu telah memperkenalkan ‘intern’ baru di syarikat mereka yang juga merupakan ‘bintang’ TikTok, Kasih Iris Leona.

VIDEO:

@airasiasuperapp Meet our newest Allstar, @leonsmeonss ♬ Jiggle Jiggle – Duke & Jones & Louis Theroux


Bagaimanapun, sesetengah netizen berasa tidak berpuas hati dengan situasi Leona yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu dapat ‘intern’ di AirAsia.

Mana tidaknya, Leona itu juga merupakan cucu kepada ‘co-founder’ AirAsia, Datuk Pahamin Rajab.

Ramai yang memberikan respon masing-masing di ruangan komen dan sesetengah daripada mereka dilihat seperti memerli Leona kerana menggunakan ‘cable’ datuknya untuk menjadi ‘intern’.

Namun segelintir dilihat memihak kepadanya dan berkata Leona itu sendiri sebenarnya seorang pelajar yang bijak pandai. Jadi dia tidaklah menggunakan ‘cable’ semata-mata tetapi juga kerana kepintarannya.

 

SUMBER: beautifulnara

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:http://www.rosemerah.dnqj.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*