“Lebih Baik Tlkam Saja Saya Daripada Fitn4h Sebegini” – Jasmin Hamid

Pelakon Jasmin Hamid meminta netizen untuk tidak terus menabur fitnh terhadap suaminya, Nazmir Abd Rahim yang diejek-ejek sebagai punca dirinya diserang sakit jantung dan dikejarkan ke hospital dan ditahan di wad CCU Selasa lalu.

Jasmin berkata, dia tidak pernah untuk mempedulikan komen-komen ‘jahat’ netizen sebelum ini. Namun, apa yang dilihat di media sosial dirasakan sebagai tidak patut dan dia sebagai isteri perlu tampil untuk membela suaminya.

“Hentikanlah fitnh terhadap saya dan suami, lebih baik anda tlkam saja saya daripada fitnh sebegini.

“Selama ini saya tidak pernah peduli dengan komen-komen seperti itu. Namun, saya perlu bersuara kerana kasihan akan suami saya,” katanya menerusi sesi siaran langsung di aplikasi TikToknya baru-baru ini.

Sementara itu, Nazmir menerusi kemas kini Facebook milik Jasmin mengakui menikahi isterinya demi Allah meminta agar orang ramai menghormati isterinya yang masih sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Dalam masa yang sama, Nazmir turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan isterinya itu.

“Pada yang tak putus panjatkan doa kepada Jasmin, kami ucapkan berbanyak terima kasih dan kembalikan doa-doa baik untuk kalian.

“Kepada yang berkata guna emosi saya serahkan kepada Allah,” katanya.

Terdahulu, Nazmir menerusi Instagram Jasmin memberitahu yang isterinya dimasukkan ke CCU akibat serangan jantung.

Untuk rekod, selain Jasmin, adik lelaki Jasmin dan juga arwah ibunya juga mempunyai masalah jantung.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  https://gempak.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*