‘Ya, Kami Kahwin Semula Tengah Hari Semalam’ – Ras Adiba

Tular mengenai dirinya dikatakan berkahwin semula dengan bekas suami semalam, bekas personaliti TV, Datuk Ras Adiba Radzi tidak menafikan perkara tersebut.

Jelas Ras, 54, dia menerima ketentuan dan takdir Ilahi yang menemukan semula dirinya dengan suami, Mohamed Azam Ali yang juga ahli perniagaan sehingga kedua-duanya membuat keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bersama.

“Ya, benar… saya berkahwin semula dengan orang yang sama. Kami pernah bercerai dan berkahwin semula. Alhamdulillah, jodoh antara saya dan suami sangat kuat.

“Syukur Alhamdulillah, majlis pernikahan kami yang diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur pada 12 tengah hari semalam juga berjalan dengan lancar.

“Kami kenal sejak tahun 86 ketika masih bertugas di stesen TV3,” katanya.

Terdahulu, beberapa foto Ras dan suaminya yang disertakan ucapan tahniah dipercayai di majlis pernikahan mereka tersebar di media sosial.

Dalam pada itu, Ras memilih untuk merahsiakan mengenai perceraian mereka kerana menganggap ia perkara peribadi yang tidak perlu dikongsikan kepada umum.

“Tak perlu. Kami bercer4i pun kami tak beritahu orang. Ini hal peribadi. Biar sahaja begitu, kerana setiap kita punyai jalan cerita masing-masing.

“Biar kita saling menghormati. Janji semua selamat,” katanya.

Untuk rekod, Ahli Dewan Negara itu pernah berkahwin dengan Mohamed Azam Ali 16 Mac 2019 di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Ras pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai dua orang cahaya mata manakala Mohamed Azam juga dikurniakan enam anak hasil daripada perkahwinan terdahulu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*