Hidayah ternampak kereta arw4h Abam, “Ayah pernah kata…”

Isteri arwah Abam, Nor Hidayah Mohd Ali bersama putera mereka yang diberi nama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey sering menjadi perhatian peminat di media sosial apabila ramai dapat mengikuti perkembangan dua beranak ini.

Walau bagaimanapun, terbaharu pula satu perkongsian video Hidayah ini membuatkan ramai mendoakan dia agar kuat apabila Hidayah berkongsikan ternampak sebuah kereta milik arwah Abam.

Ujarnya diruangan kapsyen, “Hanya tinggal kenangan kereta arw4h suami, bila Hamzah dah besar ini la kereta ayah, ayah pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anaknya. Doakan bisnes ibu berjaya.”

Manakala melihatkan rakaman video dimuat naik Hidayah ini yang memaparkan sebuah kereta berwarna hitam yang dikatakan Hidayah, milik arwah suami yang kini hanya tinggal kenangan membuatkan rata-ratanya juga merasa sayu dan mendoakan agar dia dimurahkan rezeki.

@hidayah_hamzah Hanya tinggal Kenangan Kereta Arwah Suami..Bila hamzah dah besar Ini la Kereta Ayah, Ayah penah cakp Kereta ini untuk keselesaan anaknya.. Doakan Bisness Ibu berjaya ❤️🥰#hanyatinggalkenangan #keretapenuhkenangan #dieyabeauty ♬ Kenangan Terindah – SAMSONS


Hantaran video di akaun, Hidayah_hamzah tersebut bagaimanapun mendapat perhatian ramai selepas dia berkongsikan momen ternampak kereta arwah Abam dengan turut ditinggalkan ratusan reaksi warganet terhadapnya.

“Akak nanti nak beli kereta beli dekat saya, nanti saya tolong akak ya”

“Tak pa dik itu harta dunia, harta arwah itu adalah awak dan anak dia, akak sentiasa mendoakan kamu…”

“Dayah kuat, pasti berjaya saya sokong Dayah dari belakang dan sentiasa doakan Dayah dan anak”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hcl

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*