“Bila tangkap gambar, dia…”-Elly Mazlein Dedah Pvnca S0rok Muka Anak

Elly Mazlein, 42, mempertahankan tindakannya tidak mendedahkan wajah dua anaknya di media sosial walaupun ada yang kurang senang dengan tindakannya itu.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata, dia ada cara sendiri dalam mendidik anak-anaknya itu.

Elly berkata, keputusan yang dibuat itu adalah hasil daripada tindak balas anaknya sendiri ketika berada di khalayak ramai.

Foto: IG

“Sebenarnya saya tidaklah nak sembunyikan beriya-iya, tapi saya nak tunggu anak besar dan biar dia buat keputusan sendiri. Bila saya berjalan, anak tiba-tiba menyorok, Saya tanya kenapa? Anak aku tak suka ke?

“Jadi, dari situ saya ikut tindak balas anak. Bila orang ambil gambar dia akan pergi belakang saya (menyorok). Jadi saya nak biar anak yang buat keputusannya sendiri,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)


Elly dikurniakan dua anak hasil daripada dua perkahwinan iaitu Putri Sara Sefhia, 6, dan Haider Mateen yang kini berusia lapan bulan.

Bagaimanapun, Elly yang juga mesra disapa Kak Lina Pom Pom tidak menganggap tindakan mendedahkan wajah anak di media sosial adalah salah dan menegaskan setiap orang mempunyai pilihan sendiri.

“Itu adalah pendapat saya, tak salah pun untuk siapa-siapa yang nak dedahkan anak mereka. Tak ada masalah, itu hak masing-masing. Sebab pada saya, kita dah besar semua orang ada hak masing-masing.

“Semua orang ada hak dan boleh buat apa sahaja untuk diri mereka. Tapi untuk saya, ada cara tersendiri. Ada perkara saya kena puaskan hati keluarga saya saja,” katanya.

Menurutnya, dia kini tidak berminat untuk mengambil tahu sebarang gosip yang berlegar, sebaliknya mahu terus fokus berikan yang terbaik buat dirinya dan juga keluarga.

“Saya sebenarnya tak baca gosip, sebab itu saya tak pernah tahu apa berlaku kat luar dan saya tak pernah kisah apa pun orang luar cakap pasal anak.

“Saya sentiasa memikirkan peminat saya bukan ‘makcik bedah’ yang suka menyibuk. Saya anggap peminat semua memahami dan saya tak memikirkan perkara lain. Jangan terlalu fikir apa orang cakap, buat saja kalau rasa ia betul,” katanya.

Elly mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Azlan Che Nuh, 32, pada 18 Januari 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).

Elly pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada November 2014, namun rumah tangga mereka berakhir dengan perceraian pada Oktober 2015.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*