[VIDEO] Rakam Guna Panggilan Telefon, Yasin Dendangkan Lagu ‘Bebaskan Aku’ Dari Penj4ra Buat Peminat

Penyanyi terkenal Yasin Sulaiman sempat mendendangkan lagu ciptaanya yang berjudul Bebaskan Aku di sebalik tirai besi yang dikongsi di akaun Instagramnya pada Jumaat.

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh wakil Yasin, lagu ciptaannya bersama seorang individu dikenali sebagai Jo Tan dinyanyikan semula selepas anaknya, Malaika meminta ayahnya mendendangkan lagu tersebut semasa lawatan baru-baru ini.

Malah, lagu tersebut dirakamkan sekali lagi menerusi panggilan telefon untuk diperdengar dan dihayati oleh semua peminat yang merinduinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yasin Sulaiman (@yasinsulaiman)


“Semasa lawatan penjara yang lepas, Malaika meminta ayahnya menyanyikan lagu ini untuknya.

“Beberapa hari kemudian, kami meminta Yasin menyanyikan lagu ini semula dalam panggilan telefon supaya dapat direkod dan dihayati oleh semua,” kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan kata-kata sokongan buat Yasin agar dia terus tabah mengharungi dugaan hidup.

Tidak kurang juga ada yang berasa sayu mendengar bait-bait lirik yang dipersembahkan seolah-olah menggambarkan keadaan yang dialaminya ketika ini.

Yasin berdepan hukvman gantvng sampai m4ti selepas did4kwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduh4n mengedar d4dah jenis g4nja di kediamannya pada 24 Mac lalu.

Mengikut pertuduhan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah, Yasin did4kwa meng3dar dadah jenis g4nja anggaran berat 214 gram di sebuah unit kondominium di Kota Damansara pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dad4h Berb4haya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukvman penj4ra seumur hidup atau gantvng sampai m4ti.

Sekiranya tidak dihvkum m4ti hendaklah diseb4t maksimum 15 seb4tan, jika sabit kesalahan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :  https://gempak.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*