Anak ‘makcik pu4ka’ mohon maaf, tak akan tutup kedai tapi perbetul silap! Akui pelanggan cakap lepas boleh buat peniaga ‘naik h4ntu’

KONTROVERSI yang melanda sebuah restoran popular di Melaka terus hangat diperkatakan gara-gara ‘perang mulut’ antara peniaga dan pelanggan yang didakwa dim4ki serta dic4ci.

Susulan kekecohan yang berlaku sehingga mendapat kec4man ramai, pemilik restoran di Bandar Hilir itu tampil membuat permohonan maaf.

Bercakap kepada mStar, anak kepada pemilik Restoran 35, Nur Adilla Baharom berkata, dia dan seluruh keluarga serta para pekerja memohon maaf atas kejadian yang berlaku.

“Saya mohon maaf jika ada meninggikan dan kekasaran suara kepada pelanggan. Saya juga mewakili ibu dan semua di restoran sekiranya ada keterlanjuran kata yang tidak disenangi.

“Kami akan memperbaiki masalah dan kesilapan bagi mengelakkan perkara berulang pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi mStar.

restoran biadab 6 B B

Tangkap layar video seorang pelanggan membuat rakaman keadaan di dalam restoran.

Wanita berusia 39 tahun itu memberitahu, terpulang kepada semua pihak sama ada untuk berkunjung ke restorannya susulan dua ins1den tular yang berlaku dalam tempoh dua tahun.

“Sama ada pelanggan tetap atau baru mahupun yang belum pernah ke restoran kami, mereka mempunyai pilihan untuk datang atau tidak selepas ini.

“Kalau mereka rasa tak sesuai dengan restoran kami, kami tak paksa. Itu hak mereka sebagai pelanggan,” ujarnya yang lebih mesra disapa Illa.

restoran biadab 2 B B

Pelanggan membawa saudara-mara makan di restoran.

Bagaimanapun, kata Illa, kadang-kadang perkara sebegini berlaku disebabkan oleh sikap dan kesilapan daripada pelanggan itu sendiri.

“Saya tahu prinsip ‘customer is always right‘, tapi tak bermakna seseorang pelanggan itu boleh bercakap sesuka hati.

“Kadang-kadang sikap segelintir pelanggan yang tidak sedap didengar itulah yang buat peniaga pun boleh naik hantu,” katanya.

restoran biadab 4 B

Sebahagian lauk yang dipesan pelanggan berkenaan bersama keluarga.

Dalam pada itu, Illa turut meminta semua yang tidak berada di tempat kejadian agar tidak melemparkan tohmahan dan membuat kesimpulan sendiri.

“Jangan buat judgement tanpa usul periksa. Ada yang gesa kami tutup kedai, kami tak akan tutup tapi kami akan perbaiki masalah di masa akan datang.

Pelanggan tetap atau baru mahupun yang belum pernah ke restoran kami, mereka mempunyai pilihan untuk datang atau tidak selepas ini.

ILLA

“Saya berharap pelanggan berkenaan juga berhenti mengeluarkan kata-kata yang tidak baik terhadap kami. Usahlah tutup periuk nasi orang,” katanya mengenai bisnes restoran yang diusahakan ibu bapanya sejak lebih 30 tahun.

Pada Sabtu, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka, Ngwe Hee Sem berkunjung ke Restoran 35 dan berjumpa dengan pemiliknya.

pelanggan makcik puaka 2

Menurut Illa, ibu bapanya mengusahakan bisnes restoran sejak lebih 30 tahun.

Malah, beliau turut menegur peniaga terbabit dengan menyatakan meskipun Melaka terkenal dengan lenggok bahasa yang agak kasar, namun tidak boleh dijadikan alasan untuk bercakap sesuka hati sehingga mencalarkan imej negeri.

Jelas Hee Sem, pemeriksaan di restoran itu mendapati pemilik tidak melanggar mana-mana peraturan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), di mana harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan mempamerkan tanda harga.

Restoran 35 kembali menjadi bualan selepas dua tahun apabila did4kwa mengh1na sekumpulan pelanggan gara-gara baki lauk yang dijual tidak banyak untuk pelanggan yang datang beramai-ramai.

Kelantangan suara seorang peniaga membuatkan pengadu melabelkannya sebagai ‘makcik pu4ka’.

Pada September 2020, restoran berkenaan pernah tular apabila seorang usahawan wanita yang juga influencer did4kwa dih4lau ketika membuat reviu produk di premis itu.

Menerusi video yang tular, kedengaran beberapa suara yang melarang influencer tersebut mempromosikan produk kecantikan mereka di restoran mereka, sehingga memaksa wanita itu bertindak meninggalkan premis tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*