[VIDEO] “Tersedak aku tengok”- Neelofa kongsi resepi air masuk ‘fyp’

Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa nampaknya sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila salah satu video terbaharu dikongsikannya di aplikasi TikTok menjadi tular sekali gus dengan cepat masuk keruangan fyp atau for your page.

Ini kerana dalam video Neelofa yang merasa ragu-ragu jika sama ada akan menjadi perhatian ramai atau tidak ini mencetuskan content di akaun TikTok miliknya mencuri tumpuan ribuan pengguna dan peminat.

Neelofa dilihat berkongsikan video resepi istimewa air yang dihidangkannya buat suami, Haris Ismail yang mana hanya ringkas disediakan.

Resepi air Neelofa ini bagaimanapun menarik perhatian pengguna air Ribena yang ingin mencuba langkah-langkah mudah yang dicampurkan dua jenis perisa iaitu strawberry dan blackcurrant.

@neelofa

fyp ke tak ni ? Aduii

♬ original sound – neelofa


Perkongsian Neelofa dengan kapsyen, “Fyp ke tak ni? Adui,” menyebabkan ruangan komen juga meriah ditinggalkan ratusan reaksi dengan resepi air dikongsikannya itu selain bahan-bahan digunakan oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu turut menerima komen seloroh ramai.

“Bila tengok Ribena, ohh affordable lagi sampai ke botol evian tu, dahlaa”

“Jangan tanya kenapa ribena habis”

“Habislah lepasni ribena pulak out of stock. Neelofa punya pasal viral semua nanti ikut”

“Kak Lofa kacau air masak pun fyp, apatah lagi stokaren ni”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*