Pembaca Berita Ini Gelak Berdekah Masa ‘Siaran Langsung’, Puncanya Buat Ramai Turut Ketawa

 

PENYAMPAI berita sering kali dikaitkan dengan imej serius memandangkan mereka perlu menyampaikan berita agar mesej yang terkandung itu jelas dan terang kepada penonton.

Disebabkan itu, jarang-jarang sekali kita melihat pembaca berita tergelak dan tersengih tidak tentu hala ketika menyampaikan berita, kerana mereka perlu beraksi profesional seperti mana yang dituntut pekerjaan mereka.

Video ada di bawah sekali..

Namun,  tular rakaman video memaparkan pasangan pembaca berita Nasional 8 menerusi stesen TV1 RTM sedang menahan ketawa tatkala mahu membaca ‘closing news’ pada hari berkenaan.

Pembaca berita wanita itu pada mulanya tidak dapat menahan ketawa apabila rakan gandingannya, Shahril Sharapudin mula membacakan berita mengenai seorang peniru gaya watak komedi terkenal dunia, Mr. Bean.

Mungkin disebabkan teringat ‘lawak-lawak bodoh’ Mr. Bean, wanita itu kemudian tidak dapat menahan ketawanya sehingga membuatkan Shahril turut tertawa sebelum mereka menutup tirai berita pada malam itu.

Tapi, apa-apa pun kedua-duanya memang spontan sempoi bersahaja dan video ini pun sudah mencatat jumlah tontontan yang agak tinggi iaitu hampir mencecah setengah juta tontonan!

Nak tahu apa yang diorang gelakkan sangat tu? Tengoklah video ni!

berita selanjutnya, dalam video ini berlaku di korea selatan di mana rakan media seakan terlupa menutup mic sehingga rakan di pejabat terdengar ketawa dan perbualan.

Kerana suara pelik dan lucu yang keluar daripada wartawan lokasi yang membuat lintas langsung, dua orang pembaca berita Korea Selatan gagal menahan ketawa mereka sekaligus terlepas gelak ketika siaran berita berlangsung.

Biarpun bahasa Korea yang dituturkan tidak difahami, berkemungkinan ada kesilapan yang dilakukan oleh wartawan wanita yang membuat lintas langsung berkenaan sehingga mencetus kelucuan..

Video itu dimuatnaik di laman perkongsian video YouTube pada 15 Oktober lepas dan kini ia menjadi viral di laman sosial di Malaysia. Sebaik kedua-dua pembaca berita itu mula ketawa, pihak penerbitan bertindak menghentikan siaran dan mungkin menyiarkan slot iklan.

Sememangnya, menjadi pembaca berita adalah amat sukar untuk seseorang itu menahan rasa untuk ketawa jika ada perkara lucu berlaku ketika siaran langsung. Tidak diketahui apakah yang berlaku kepada kedua-dua pembaca berita berkenaan selepas kejadian itu.

PEMBACA BERITA RTM TIDAK MAMPU MENAHAN KETAWA

Video:

Komen netizen:

Saya masih tergelak kalau tengok niii

Mr Bean bukan pelawak. Rowan Atkinson itu pelawak.

Cute nya mereka berdua.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: KL viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*