[7FOTO] Mengejutkan! Fazura, Fattah Jadi ‘hadiah’ hari jadi Kepada Permaisuri Selangor

PETALING JAYA – Bagai bulan jatuh ke riba, begitulah pepatah yang sesuai menggambarkan pengalaman pelakon popular Fazura apabila dipilih menjadi antara hadiah kejutan pada majlis ulang tahun kelahiran Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman baru-baru ini.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Nur Fazura Sharifuddin, 38, mengakui sangat teruja apabila dia dan suami, Fattah Amin diamanahkan sebagai pembawa kek pada hari bersejarah tersebut.

Lebih manis, bukan hanya kehadiran mereka memberikan kejutan manis buat Tengku Permaisuri, bahkan Fazura sendiri berdepan kejutan dengan senyuman dan perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Permaisuri Selangor itu kepada mereka berdua.

“Saya dan Fattah telah berpeluang menghadiri majlis sambutan peribadi untuk Tengku Permaisuri yang bertemakan Bollywood, sangat meriah.

“Kami adalah antara hadiah dengan misi membawa kek untuk memberikan kejutan manis kepada Tuanku Permaisuri.

“Itulah cadangannya, namun ketika membawa kek menuju ke hadapan baginda sambil diiringi nyanyian Happy Birthday, dapat dirasakan yang sedang mengalami kejutan ialah kami berdua,” katanya.

Katanya yang terkenal menerusi drama Hero Seorang Cinderella itu, perasaannya semakin teruja apabila melihat kegembiraan yang jelas terpancar pada wajah Tengku Permaisuri Norashikin.

“Sungguh dapat kami lihat Tuanku Permaisuri sangat berkenan dan sukacita dengan kehadiran kami serta Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut kurniakan senyuman. Sungguh besar jiwa baginda Tuanku berdua. Kami pulang dari majlis membawa pelbagai kenangan manis yang tidak akan dilupakan,” katanya.

Paling tidak boleh dilupakan, Fazura yang kini menyerlah sebagai usahawan tudung berjaya turut terinspirasi dengan kerendahan hati dan sikap romantis pasangan diraja itu,

“Yang paling tersemat di hati ialah baginda Tuanku berdua merupakan pasangan yang sangat merendah diri dan romantis. Sangat kagum dan menjadi contoh kepada kami,” ujarnya.

Terdahulu, Fazura juga pernah menerima beberapa barangan istimewa kiriman Permaisuri Selangor sebelum ini seperti syiling emas dan naskhah al-Quran.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :– KOSMO! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*