“Jangan Ugvt Anak Saya Kahwin Dengan Video Palsu Itu!” – Isteri Yusof Haslam

Baru-baru ini timbul khabar angin yang mendakwa penerbit filem Syamsul Yusof bakal berkahwin dengan Ira yang merupakan anak kepada pelakon senior Kazar Saisi.

Isteri kepada pengarah filem Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Fatimah Ismail tampil bersuara mengenai desas-desus tersebut. Ketika dihubungi OhBulan!, Fatimah memohon agar media tidak menyebarkan berita yang belum pasti kesahihannya.

Kata Fatimah, dia akan menghubungi Kazar supaya berhenti mengvgut anak lelakinya untuk berkahwin dengan Ira menggunakan modus operandi video palsu.

Janganlah di war-warkan berita yang belum sahih. Tolonglah.. Saya akan bagitahu keluarga Kazar supaya jangan ugut anak saya kahwin dengan video-video palsu itu!

Syamsul masih sayangkan isteri dan anak-anak.

Diam bersebab

Dalam pada itu, Fatimah menegaskan Syamsul memilih untuk mendiamkan diri kerana enggan mengeruhkan situasi yang sedang tegang.

Syamsul diam kerana tak mahu memburukkan keadaan!

Terdahulu, sebuah blog mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada aktor veteran.

Biarpun tidak mendedahkan identiti namun rata-rata netizen mengesyaki gosip itu berkait rapat dengan Syamsul dan Ira.

Laporan itu melaporkan Syamsul sudah bertemu dengan bapa mentuanya untuk berbincang hal pernikahan mereka.

Puteri Sarah hilang sabar, ‘warning’ Ira Kazar berhenti ganggu Syamsul Yusof! Label tiada maruah asyik kejar suami orang

EMPAT tahun menahan sabar, pelakon Puteri Sarah akhirnya memberi amaran secara terbuka kepada individu yang did4kwa mengganggu rumah tangganya.

Dakwa Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, wanita yang merupakan anak kepada pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar masih mengganggu hubungan rumah tangganya dengan suami, Syamsul Yusof sejak tahun 2019.

“Daripada dulu sampai sekarang saya diganggu dengan akaun palsu, diganggu komen-komen yang menyakitkan hati tapi saya sabar. Anda kacau mental saya sejak 2019 lagi. Sampai kami (Puteri Sarah dan Syamsul) dah tak tinggal sebumbung, tak puas hati lagi ke? Apabila kami berbaik, anda ugvt suami saya pula.

“Hari ini saya tengah sibuk dengan anak-anak, tiba-tiba saya terima berita yang menyakitkan. Selama ini, apa anda buat, anda ganggu saya, saya diamkan saja sebab nak jaga nama baik keluarga.

“Tapi kali ini rasanya anda sudah lebih sangat. Siap cakap fasal anak-anak saya. Anda hanya orang luar tak perlu masuk campur. Apa yang berlaku sekarang anda dan orang luar cuma tahu luaran sahaja,” katanya menerusi Instastory pada Sabtu.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut memberi amaran kepada Ira supaya berhenti menganggu hidupnya lagi.

“Kali ini cukuplah anda ganggu saya lagi bila saya nak pergi umrah. Empat tahun saya menanggung. Berhati-hati doa orang yang teraniaya, Allah akan makbulkan lagi-lagi di bulan puasa ini.

“Di bulan baik ini saya doakan kalian berdua, Ira Kaza dan suami (Syamsul Yusof) saya diberikan hidayah,” ujarnya.

Sebelum ini, kisah rumah tangga pasangan selebriti itu didakwa sedang dilanda masalah menarik perhatian netizen.

Puteri Sarah mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul dan mendakwa suaminya itu tahu punca hubungan mereka dingin.

Dalam hantaran berbeza, Puteri Sarah turut mempertikaikan tindakan Ira yang dikatakan tidak putus asa menganggu suaminya.

“Tak silap saya, anda dah ada teman lelaki kan Ira Kazar? Semuanya tak kekal. Malah baru-baru ini pun anda ada teman lelaki? Mana pergi semua teman lelaki anda?

“Kenapa nak kena kejar suami orang lagi? Memang tiada maruah ke hadap suami orang? Sebab nak harta dia? Sila jadi matang dan bekerja. Saya sendiri pun kerja cari duit sendiri.

“Jangan ambil jalan mudah, minta duit dekat suami orang. Selama empat tahun saya diam, membisu tapi makin lama anda pijak kepala saya,” katanya.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Video:

Sumber: Obulan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://bigonewzz.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*