Rambut botak Datuk K jadi iklan produk, Siti Nurhaliza b3ngang peniaga tak jujur

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa marah apabila sekali lagi berdepan dengan kes penipvan yang menggunakan gambarnya untuk tujuan promosi.

Bimbang ada yang terpedaya, Siti memberi amaran kepada mana-mana peniaga jangan terlalu mudah mengambil kesempatan menggunakan namanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)


“Bila saya berdiam, semakin rancak menyebarkan perniagaan yang tidak melibatkan saya atau suami. Gambar saya dan suami dipaparkan dalam ikan perniagaan serta testimoni juga.

ctdk 2

Siti marah peniaga guna gambar dia dan suami untuk tujuan promosi.

“Saya sudah banyak kali hadapi perkara ini. Pesan saya, berniagalah dengan cara yang betul. Jangan mengambil kesempatan ke atas orang lain,” katanya.

Terdahulu Siti memuat naik satu paparan iklan produk penjagaan rambut yang turut memaparkan gambar di bersama suami iaitu Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.

Menerusi posting itu, pihak tidak bertanggungjawab mendakwa penyanyi itu dan suaminya mengalami masalah keguguran rambut dan menggunakan produk yang diiklankan.

Dalam pada itu, Siti turut berpesan kepada peniaga tersebut supaya insaf dan tidak mengulangi perbuatan sama.

“Jangan terpedaya. Saya harap peniaga ini insaf dan tidak menggunakan gambar saya bersama suami serta memuat artikel tidak benar.

“Kepada yang membaca, membeli atau terlihat iklan-iklan sebegini, saya ingin menjelaskan bahawa saya dan suami tidak ada kena mengena dengan produk mereka,” ujarnya.

Berniagalah untuk mencari keberkatan dan bukan melariskan produk dengan menggunakan iklan palsu

DATUK SERI SITI NURHALIZA

PENYANYI

Sementara itu, sebagai seorang usahawan juga, penyanyi ini turut menitipkan nasihat kepada semua peniaga supaya mencari keberkatan dengan cara yang betul.

“Berniagalah untuk mencari keberkatan dan bukan melariskan produk dengan menggunakan iklan palsu.

“Saya harap kita sebagai pengguna akan lebih peka dengan iklan-iklan seumpama ini,” jelasnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*