“Kalau Betul Bercinta, Jgn Meny0rok”- Ellie Suriaty Cabar Kekasih Azri Iskandar Munculkan Diri

Susulan isu kontrov3rsi melibatkan bekas suaminya, aktor Azri Iskandar, pelakon dan pengarah Ellie Suriaty mengharapkan agar wanita yang dikenali sebagai Dr Azra Diera untuk munculkan diri.

Menurut Ellie, dia mempunyai kebimbangan tersebut kerana hasil carian di Internet yang dilakukan oleh anak-anak serta rakan-rakannya mengenai wanita terbabit secara terperinci belum dikenalpasti.

“Saya tak kisah Azri mencintai orang lain, cuma saya terseksa melihat dia dengan cerita-cerita yang keluar sebelum ini.

“Saya mohon kepada Dr Azra supaya munculkan diri.

Anak-anak dan rakan-rakan saya buat carian di Internet dan tidak jumpa sebarang maklumat tentang dia. Siapakah dia yang sebenarnya…adakah dia ‘scammer’ atau peminat?

“Saya tidak tahu apakah permainan dia. Kalau betul bercinta, jangan menyorok,” katanya kepada MH.

Ellie ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang berlangsung di GSC The Starling Mall, Damansara pada Khamis.

Terdahulu, Azri membuat pendedahan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita yang dikenali sebagai Dr Azra Diera dalam masa terdekat.

Menurut aktor itu, dia mengenali Dr Azra 12 hari selepas berc3rai dengan Ellie pada 17 Mei lalu.

Kemudian timbul isu baharu apabila seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai F tampil membuat pengakuan mendakwa aktor berkenaan pernah rapat dengannya.

Sementara itu, Ellie berkata dia langsung tidak menyimpan sebarang dendam terhadap bekas suaminya itu selepas rumah tangga yang dibina sejak 19 tahun lalu putus di tengah jalan.

“Selepas berpisah, saya sudah maafkan Azri dan tidak pernah simpan dendam. Jika dia mahu berkahwin semula, saya ucapkan selamat untuknya… cuma saya tidak suka orang mahu mempermainkan dia.

“Saya tidak boleh benci Azri sebab kami hidup bersama sudah lama,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, pelakon Ellie Suriaty Omar, 52, yang sah berc3rai dengan suami yang juga pelakon, Azri Iskandar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, hari ini.

Ellie ketika dihubungi berkata, keputusan dibuat bukan dalam tempoh singkat sebaliknya dia dan Azri sudah memikirkan perkara itu sejak empat tahun lalu sebelum memfailkan perc3raian pada 22 April lalu.

Malah, menurut Ellie apa yang berlaku juga tidak mengurangkan rasa hormat terhadap bekas suaminya itu.

“Apa yang berlaku juga sudah tertulis. Kami sudah bersama dalam tempoh yang panjang. Kami juga sudah lalui banyak perkara bersama dan bina keluarga. Saya berterima kasih pada dia. Kami berpisah pun dengan cara baik.

“Kami sangat matang dengan keputusan ini. Rasa Hormat saya tak berkurang pada dia. Saya menghormati dia sebagai bapa anak-anak kami, hormat dia sebagai pemain industri, hormat skil dan kreativitinya sebagai pelakon. Selebihnya itu adalah peribadi antara kami.

“Keputusan ini tentu sekali bukan masa singkat. Kalau singkat ia dipengaruhi oleh pemikiran singkat dan unsur-unsur negatif lain. Tapi kami ambil masa panjang untuk menilai iaitu dalam tiga ke empat tahun kebelakangan ini. Sudah cuba selamatkan  sebelum ini,” katanya kepada Harian Metro.

Ellie yang juga pengarah filem Penanggal berkata, selepas memfailkan perc3raian dia meminta izin pada Azri untuk keluar rumah.

“Selama ini kami masih duduk bersama. Namun, selepas fail c3rai, saya yang keluar rumah selepas minta izin daripada dia. Saya yang berasa tak hormat pada diri sendiri sebab sudah failkan perceraian. Nanti saya hipokrit pula.

“Kalau masih nak duduk serumah, saya tak boleh nak anggap macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Saya cakap terus terang untuk keluar rumah. Dia hormat dan faham keputusan saya. Saya tidak mahu. Kami cukup matang dalam perkara ini,” katanya.

Dalam masa sama, Ellie berkata, dia tidak menyalahkan bekas suaminya itu atas keputusan yang dibuat.

“Saya tak salahkan dia. Kami ada hubungan baik dengan anak-anak. Begitu juga saya dengan anak-anak tiri. Tidak ada istilah nak rebut harta dan anak-anak. Itu semua tidak menjadi isu,” katanya.

Ellie dan Azri berkahwin pada 2003, dan hasil perkahwinan selama 19 tahun itu, mereka dikurniakan dua anak, Azrell Omar Azri Iskandar, 18, dan Nur Azreen, 13.

 

Sumber: mediahiburan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://bigonewzz.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*