“Macam muka baba lagi..” Syahmi Sazli & Isteri Teruja, Bakal Timang Cahaya Mata Kedua Tak Lama Lαgi

Nama Syahmi Sazli mula terkenal setelah filem arahan pertamanya laris di Astro First dengan tajuk Mael Totel. 

Berasal dari Kelantan, Syahmi merupakan pengarah muda yang bermula daripada seorang ‘content creator’ menerusi saluran Youtube. 

Bukan sahaja terkenal dengan video spontan yang membariskan pelakon – pelakon kelainan upaya, Syahmi juga terkenal dengan keperibadian yang merendah diri dan seorang yang pemurah dengan senyuman. 

Bakal menimang cahaya mata kedua, Syahmi dan isteri iaitu Anissa Fairul teruja bakal menimang cahaya mata lelaki. 

Selain mereka, anak perempuan sulung mereka juga tidak sabar menantikan kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka. 

Hal ini dikongsi sendiri oleh Anissa di laman Instagram miliknya, keterujaan anaknya iaitu Ainul Mardiah menanti kehadiran adik lelakinya. 

“Yang paling paling excited nak jumpa boy selain ibu & baba. Rasanya dia lagi excited kot sebab tiap hari tanya ‘bila boy nak ke’luar?’ Dan tiap kali bagitau nak keluar checkup boy, mesti tanya ‘mana boy?’  

“Terima kasih yang mendoakan Nissa selamat bersalin. Nissa masih belum bersalin sebab contrac’tion dah berkurang harini. Tapi bila balik rumah, rasa balik contrac’tion tu,” ujarnya. 

Anissa juga memaklumkan dia sudah merasakan tanda – tanda hendak bersalin, namun masih belum ke hos’pital kerana belum sampai masanya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anissa Beauty (@anissafaizul)


“Lagipun memang dah niat kalau tak tu’run tanda, taknak pegi lagi hos’pital sebab takut teroverexcited! Kahkahkah.  

“Tapi itulah, tunggu masa je kot ni sebab tiap hari boleh kata sa’kit perut, menge’ras, tak sedap badan, loya & jalan pun dah bukak sikit. 

“Kita tunggu je la ye. Semoga ibu & anak selamat bersalin je nanti. Jangan st’ress st’ress n food hun’ting diteruskan! Lets go @syahmisazli,” tambahnya. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut mendoakan agar Anissa dipermudahkan urusan bersalinnya nanti. 

Komen Netizen:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://beritaawani.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*