“Bye byee, tinggal budak ni..” Shakila Khoriri Pesan Dekat Anak Jaga Daddy Baik-Baik

Di Instagram, pelakon, Shakilla Khoriri memberitahu dia terpaksa meninggalkan anaknya, Ameena Sofia selama 11 hari. Menurut Shakilla, Ameena akan tinggal bersama ayahnya selama tempoh berkenaan.

Bye baby, tinggal budak ni untuk 11 hari. Tinggal suku hati ja bawa dekat tempat orang ni. Semua dia tapaw.

Menerusi posting yang dimuat, Shakilla dipercayai bakal menjalani penggambaran selama tempoh 11 hari. Oleh sebab itu, dia terpaksa meninggalkan anaknya bersama bekas suami, Fizi Ali. Sebagai ibu, Shakilla turut berpesan kepada Ameena agar menjadi anak yang baik dan sentiasa mendengar cakap sewaktu tinggal bersama Fizi. Bukan itu sahaja, Shakilla turut meminta Ameena menjaga ayahnya itu dengan baik.

Allah sentiasa jaga Ameena untuk ummi. Mi love you so much.

Syukur Alhamdulillah. So macam biasa pow daddy toys. Lepas tu kita pergi jalan-jalan okay baby.

Terbaru, Fizi memuat naik sekeping foto bersama anaknya di Instagram. Menerusi foto yang dikongsikan, anak beranak ini kelihatan sangat gembira ketika berjumpa. Ujar Fizi, Ameena telah memintanya untuk membelikan permainan hari ini. Selepas membeli permainan, mereka berdua merancang untuk pergi berjalan-jalan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat Fizi bersama Ameena. Netizen berharap Fizi tidak lagi memuat naik status ‘marah’ terhadap bekas isterinya seperti sebelum ini. Tambah netizen, sekiranya Fizi mempunyai masalah dengan Shakilla, mereka berdua perlu menyelesaikan masalah tersebut di belakang tabir dan bukannya menerusi media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)


Sumber: Shakilla Khoriri & Fizi Ali 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*