Bersalin 2minggu lebih awal, Flz0 Omar dan isteri dapat dedah jantina bayi

Pelakon, Fizo Omar memaklumkan isterinya, Fazeera Nazri selamat melahirkan anak sulung mereka hari ini. Perkongsian gembira itu dikongsikan oleh Fizo sendiri menerusi akaun Instagramnya. Tahniah.

Menurut Fizo, isterinya selamat bersalin di sebuah hospital swasta pada pukul 12.39 pagi tadi. Tambah Fizo, isterinya bersalin dua minggu lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.

Namun begitu, bayi dan isterinya berada dalam keadaan yang sihat. Fizo turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak hospital dan semua yang mendoakan isterinya sepanjang tempoh kehamilan dan bersalin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)


Terdahulu, Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.

Fizo pernah bernikah dengan usahawan Mawar Karim namun berceral talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

Isteri pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri menamatkan spekulasi apabila mengesahkan dirinya kini berbadan dua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fezyra Nesry (@ffezyranesry)


Mula diperkatakan ramai sejak Januari lalu, Fazeera membuat pendedahan kehamilan selepas hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dalam laman sosial, Instagram (IG) dan TikTok.

Menerusi satu perkongsian video dalam laman sosial, Fazeera dilihat memberikan kejutan alat ujian kehamilan bertanda dua atau membawa maksud positif kepada Fizo.

“Video ini diambil ketika bulan pertama perkahwinan kami, ia kejutan besar dilakukan buat suami apabila saya memberitahu hamil.

“Alhamdulillah, hadiah paling bermakna buat kami. Doakan segala-galanya berjalan lancar,” tulisnya dalam IG.

Rakaman video berdurasi 50 saat itu turut memperlihatkan wajah Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar kelihatan terkejut mendengar pengakuan isterinya.

Fizo sedang berehat sambil berbaring di katil memberi reaksi seperti tidak percaya, namun, tersenyum gembira.

“Maksudnya awak hamil? Serius? Saya cintakan awak.

“Biar betul sayang? So ‘made in’ Janda Baik la ni? Ya, saya sangat gembira,” kata Fizo dalam video terbabit.

Kegembiraan bakal menyambut orang baharu turut dikongsi Fizo dalam laman IG.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fezyra Nesry (@ffezyranesry)


“Alhamdulillah. Syukur, Cik Yam nak dapat adik. Muka abang Joe terkejut, terkedu, campur ‘super excited.

“Iyalah, baru lebih sebulan kahwin tiba-tiba isteri tunjuk ujian kehamilan dan cakap positif’. Positif apa ni sayang? Alhamdulillah, rezeki 2022 datang satu persatu dengan izin Allah.

“Semoga Allah pelihara bayi dalam kandungan, dilahirkan menjadi anak soleh dan solehah yang akan bawa daddy dan ummi ke syurga,” tulisnya.

Menerusi hantaran berasingan, Fazeera turut memuat naik foto ‘baby bump’ yang kelihatan semakin membesar, namun tidak menyatakan usia kandungan.

Namun, rata-rata peminat meneka Fazeera bunting pelamin dan baru memasuki trimester kedua.

Fizo mendirikan rumah tangga dengan bekas pramugari itu pada 21 Oktober, tahun lalu dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Sebelum itu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada 2013, namun, bercerai pada Julai 2019.

Mereka dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam Wan Hafizol yang kini berusia usia lima tahun.

sumber : BH

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://earnsupport.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*