Tegar mengaku sudah bercer4i… tertekan, badan jadi kurus fikir masalah rumah tangga

SELEPAS dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Tegar Septian mendedahkan sudah berc3rai dengan isterinya, Sarah Sheilka.

Tidak mendedahkan sebab sebenar percerai4nnya itu, Tegar, 22, bagaimanapun memberitahu terlalu banyak masalah dilaluinya dan sukar untuk dijelaskan satu persatu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by T E G Δ R S E P T I Δ N ® (@tegar_official)


“Fakta bahawa saya sudah bercerai adalah benar, sekarang saya mahu teruskan soal kerjaya.

tegar 3

Tegar sebelum ini pernah berjauhan dengan keluarga untuk menyertai Big Stage 2022 di Kuala Lumpur.

“Banyak masalah yang terjadi sebelum ini dan terlalu panjang jika mahu diceritakan,” katanya.

Menerusi perkongsian di IG Story, bekas peserta program Big Stage 2022 ini secara merendah diri memberitahu dia bukanlah seorang manusia yang sempurna dan sudah penat dengan cabaran terpaksa dilalui sebelum ini.

Perceraian itu dilihat berpunca daripada masalah kewangan selain faktor Tegar tidak mempunyai pekerjaan sehingga badannya menjadi kurus akibat tekanan.

“Saya terlalu penat dan tidak mahu mengulanginya lagi. Saya bukan manusia sempurna, pening kepala dan stres fikirkan banyak perkara. Di Instagram memang romantik tetapi sebaliknya anda tidak tahu.

“Saya memilih untuk memulakan hidup baru, bermula dari kosong. Saya hanya duduk di rumah sahaja sehingga badan jadi kurus sebab terlalu banyak berfikir.

Di Instagram memang romantik tetapi sebaliknya anda tidak tahu

TEGAR SEPTIAN

PENYANYI

“Wang juga susah nak cari, saya jadi tertekan,” katanya.

Tegar mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada Mac 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia dua tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*