”Cantik & Nampak Solehah Sangat.” Penampilan Lisa Surihani Ketika Program Amal Dipuji. Simple Tapi Lawa!

Usai memilih untuk berhijrah dan mengenakan hijab, penampilan Datin Lisa Surihani sering meraih perhatian ramai.

Setiap kali tampil di khalayak, walaupun kurang mengenakan makeup dan mengenakan tudung yang simple, namun tetap kelihatan cantik.

Terbaru, menerusi akaun Instagram muliknya, isteri kesayangan Dato Yusry ini memuatnaik beberapa gambar ketika berada di sebuah pusat jagaan orang-orang tua.

Difahamkan kehadiran Lisa di lokasi berkenaan adalah untuk melakukan shooting bagi sebuah rancangan program amal.

Lisa berkongsi cerita mengenai kehidupan harian warga emas di sana. Selain itu, dia juga turut membantu mengemas bilik tidur di pusat jagaan tersebut.

“lsBismillah. Semlm saya dan Iman Muda Hassan Adli shoot utk satu episode rancangan Jejak 3 (sebuah program amal) di mana saya dapat peluang utk melawat Pusat Jagaan Al Fikrah di Kajang. Di sana, saya bersama team Jejak 3, berkolaborasi dgn NGO dan 8 orang sukarelawan yang teramat baik menyantuni penghuni penghuni di sana serta membuat sedikit kemas kemas di bilik tdur mereka. Ayahanda dan ibunda di sana semua ramah mesra.

“Penjaga di sana juga menjaga mereka dgn amat baik sekali. Selain daripada menjaga mereka setiap hari, mereka juga pastikan membawa penghuni utk appointment doctor di klinik dan hospital. MasyaAllah. Setiap hari ada mengaji. Belajar agama. Asatizah dtg melawat mereka mengajar tentang Islam. Sembahyang jemaah sama2 setiap waktu solat. MasyaAllah.

“Ya Allah , permudahkan lah segala urusan mereka. Lawatlah mereka. Luangkan sedikit masa. Dngar cerita mereka. Dngar lu4han mereka. Tolong penjaga di sana dgn memberikan sumbangan utk membantu maintain dan mempermudahkan mereka utk menjaga Ayahanda dan Ibunda sana.


Perkongsian itu telah menarik perhatian ramai peminatnya. Lebih-lebih lagi penampilan dalam gambar tersebut.

Dia mengenakan seluar jeans longgar dan bertudung sarung sahaja. Namun aura cantik dan menawan membuatkan ramai yang memujinya tampak begitu manis sekali.

Komen netizen:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: keluarga.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*